Akhbar-akhbar tempatan hari ini melaporkan budaya membaca semakin meningkat. Kajian mendapati rakyat Malaysia kini membaca purata 8 hingga 12 buah buku setahun berbanding hanya 2 buah buku kira-kira tiga tahun lalu.
Utusan Malaysia
Budaya membaca semakin meningkat
Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 2 Mac - Rakyat Malaysia kini membaca purata lapan hingga 12 buah buku setahun berbanding hanya dua buah buku kira-kira tiga tahun lalu.
Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, data yang dibekalkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) itu menunjukkan berlaku perkembangan positif terhadap budaya membaca di kalangan masyarakat negara ini.
"Trend yang positif ini memberi keyakinan kepada kita bahawa perpustakaan mampu menjadi institusi yang menarik perhatian masyarakat," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Mari Membaca 1Malaysia di PNM di sini hari ini.
Rais berkata, statistik itu juga menunjukkan seramai 38 juta orang berkunjung ke perpustakaan di seluruh negara pada 2008 berbanding 21 juta orang pada 2007.
Jelasnya, peningkatan jumlah pinjaman buku di perpustakaan seluruh negara sebanyak 19.5 juta pada 2008 berbanding 12.6 juta pada 2007 juga merupakan bukti bahawa budaya membaca semakin meluas di kalangan masyarakat.
"Jumlah jualan buku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 2009 pula mencatatkan RM27 juta berbanding RM22 juta pada 2008," katanya.
Tambah Rais, statistik peningkatan itu memberi keyakinan bahawa industri buku di negara ini mampu melonjak ke tahap yang lebih baik pada masa depan.
Beliau berkata, program membaca yang telah dijalankan secara menyeluruh oleh PNM, perpustakaan awam dan perpustakaan desa di seluruh negara juga mendapat sambutan yang begitu menggalakkan.
Menurut Rais, setiap tahun tidak kurang dari 8,000 program membaca telah dilaksanakan dan mengikut statistik, jumlah penyertaan daripada masyarakat bagi tempoh tiga tahun kebelakangan ini semakin meningkat.
Katanya, kerajaan akan terus berusaha mempertingkatkan dan melaksanakan pelbagai aktiviti bagi menyemarakkan budaya membaca buku di kalangan rakyat negara ini.
"Saya akan berjumpa dengan beberapa pihak termasuk tokoh seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk membantu kita dalam soal ini.
"Masyarakat biasanya akan terpengaruh dengan cara seseorang tokoh terutama seperti Dr. Mahathir yang suka membaca. Begitu juga saya akan berjumpa dan berbincang dengan pihak korporat untuk membantu menyalurkan bahan bacaan terutama ke perpustakaan di luar bandar," katanya.
Bagaimanapun di sebalik perkembangan positif itu, Rais menegaskan bahawa budaya membaca buku perlulah diseimbangkan dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti komputer dan Internet.
"Saya menganggap lonjakan penggunaan komputer pada hari ini adalah saingan kepada buku.
"Jadi kita perlu mengimbangi keadaan itu kerana jika tidak ia akan menjadi bahaya kepada kita terutama kepada generasi muda yang lebih terikat terhadap teknologi ini," katanya.
Harian Metro
Kadar kecenderungan membaca meningkat
KUALA LUMPUR: Kadar kecenderungan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia meningkat bagi 2008 apabila statistik yang dikeluarkan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mencatatkan 38.8 juta orang mengunjungi 2,429 perpustakaan seluruh negara berbanding 21.2 juta pada 2007.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim berkata, peningkatan yang memberangsangkan itu menunjukkan rakyat Malaysia sedar mengenai kepentingan membaca namun ia belum dijadikan sebagai satu budaya. “Ini terbukti apabila PNM merekodkan 19.6 juta peminjam buku pada 2008 berbanding 12.6 juta pada 2007. “Jumlah ini menunjukkan minat membaca di kalangan masyarakat mula tersemai sekali gus memberi gambaran positif bahawa ia akan menjadi satu budaya,” katanya ketika merasmikan program Mari Membaca 1 Malaysia, di Auditorium PNM, di sini, semalam.
New Straits Times
Roping in icons to promote reading
2010/03/03
KUALA LUMPUR: A former prime minister, an astronaut and a Malaysian-born Hollywood actress may all be the new faces of reading for Malaysians.
The Information, Communication and Culture Ministry will invite the country's icons like Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha and Datuk Michelle Yeoh in its campaign to promote reading as a Malaysian culture.
Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim, who said this yesterday, noted that Dr Mahathir had always been associated with the "Mari Membaca" programme that was initiated by the government in 1995.
"If we are allowed, we may also ask him (Dr Mahathir) to be involved in this. We need personalities who are national icons who can influence our way of thinking. Perhaps he can also recommend a book he liked reading," Rais said after launching the "Mari Membaca 1Malaysia" campaign at the National Library here.
Rais added that Dr Sheikh Muszaphar could provide a face for the reading culture while Yeoh possessed star power.
The minister also said that book reading could still survive despite rapid advancement in communication and modes of literature.
Statistics from the National Library shows that there were 38 million visits to libraries all over the country, including state and district libraries, as well as those in private and public institutions of higher learning.
"Computers are a competition to books. We have to promote books headon with computers. It (reading) should strike a balance, with the tendency of the younger generation to use computers.
"Otherwise, we would become slaves to computers."
Rais believed the local publishing industry would also improve despite having to face growing challenges from the Internet and e-books.
He said if Malaysians could retain the current habit of reading eight to 12 books a year, it could survive.
"We just need to look at the prices of books and whether they are affordable."
On the use of computers for teaching and learning in schools, Rais said it should be encouraged but students should also spend a few hours a day reading a book.
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
13 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan