Sebagaimana yang dirancangkan, pagi Rabu, 17 Mac 2010, kami bersiap-siap untuk bertolak ke Ipoh. Sejak malam lagi, pakaian dan keperluan untuk bercuti sudahpun dimasukkan ke dalam beg.
Pagi ini Mak Munah memasak rendang dan sambal manakala nasi impit sudahpun dimasak pada malam tadi. Memang kebiasaan mak mertua aku ini, kalau berjalan mesti nak buat bekalan. Yelah, untuk memudahkan perjalanan, nanti boleh singgah di mana-mana untuk mengisi perut.
Mood anak-anak nampaknya happy sahaja. Sejak malam tadi, semuanya tidak boleh tidur. Semua kerja sekolah yang dibekalkan guru masing-masing semasa cuti sekolah seminggu ini sudahpun disiapkan.
Pukul 9.00 pagi, setelah memeriksa kenderaan serta memasukkan semua barang-barang keperluan ke dalamnya, kamipun bertolak melalui tol Ayer Keroh dan merentasi Lebuhraya Utara-Selatan.
"Kita jalan santai sahaja..," pesan Ida, isteriku.
Kami singgah di Hentian R&R Rawang dan juga Hentian R&R Tapah bagi meluruskan pinggang. Cuma di Simpang Pulai, kami singgah untuk membeli buah-buahan untuk bekalan di hotel nanti.
Pukul 1.30 petang, kami sudahpun berada di Bandaraya Ipoh. aku memang tidak biasa dengan jalan-jalan di bandar raya ini. Aku berpandukan peta yang dicetak dari Google Maps di internet. Apa nak buat, redah aje...
Cari punya cari, teringat aku, Hotel Ritz Kowloon dekat Jalan Yang Kalsom. Aku pernah menginap di hotel ini sebulan lalu sewaktu ke UTP, Tronoh. Biliknya luas. Akhirnya puas meredah dan bertanya-tanya orang, sampai juga aku ke hotel berkenaan.
Selepas check-in, barang-barang keperluan diangkut masuk ke bilik. Satu katil besar, satu katil kecil. Ada dua TV, ada ruang tamu, bilik air dan berhawa dingin. Pada aku itu sudah memadai dengan kadar bayaran semalaman yang dikenakan.
Sepanjang hari, kami berehat di bilik dan menjamu selera bekalan yang dimasak oleh Mak Munah. Anak-anak sungguh gembira dan tidak sabar untuk menanti hari esok...
Miza sibuk melayari internet.
Arif lena di dalam bilik berhawa dingin.
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
13 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan