Seperti yang telah dijanjikan, petang semalam aku membawa anak-anak ke Kompleks Renang MBMB di Banda Hilir. Itupun setelah semua kerja sekolah yang dibekalkan guru masing-masing siap semuanya. Pukul 5.00 petang, kami masuk ke kompleks tersebut. Hari ini memang ramai pengunjung ke kompleks berkenaan kerana cuti hujung minggu.
Setelah hampir dua jam, sesi renang tamat. Kami mengambil kesempatan untuk bersiar-siar di sekitar runtuhan A Famosa dan kemudian mendaki Bukit St. Paul. Ramai sungguh pengunjung. Ada yang merakamkan foto mereka berlatarbelakangkan bangunan bersejarah, ada yang tawar-menawar untuk membeli cenderahati serta ada juga yang memainkan gitar menghiburkan pengunjung.
Di laluan pejalan kaki di cerun bukit itu, kelihatan sekumpulan pemuda bersedia dengan kamera masing-masing untuk merakamkan keindahan matahari petang 'terbenam' di laut. Aku juga sempat merakamkan fenomena ini untuk tatapan semua.
Arif, Ifa, Miza dan Alim juga tidak lepaskan peluang bergambar di atas bukit ini.
Akhirnya, sewaktu hampir Maghrib, kami pulang ke rumah. Dapatlah hujung minggu ini diisikan dengan perkara yang berfaedah.
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
13 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan