Pagi Khamis, 18 Mac 2010. Pagi-pagi lagi Ifa dah kejutkan aku. Tak boleh tidur katanya. Aku melihat jam di tangan. Pukul 6.20 pagi. Aku lantas masuk ke bilik air dan mengambil wuduk.
Selepas menunaikan solat Subuh, aku mengejutkan anak-anak. Masing-masing bangun dan masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.
Pagi ini, kami bersarapan ala kadar sahaja. Cukup sekadar roti dan nasi impit serta sambal yang dibawa semalam. Anak-anak tidak sabar untuk mengenakan pakaian renang.
Pukul 10.00 pagi, kami bertolak dari hotel menuju ke Lost World of Tambun. Memandangkan aku tidak berapa faham dengan jalan-jalan di sini, aku mengambil keputusan redah sahaja sehinggalah aku rasakan dah mula tersesat. Aku mengambil keputusan untuk berhenti di sebuah Stesen Minyak Petronas untuk bertanyakan arah yang sebenar.
"Abang kena pusing balik, pastu bawah jejantas tu, ambil kanan dan kemudian kanan lagi...", jelas seorang wanita muda yang bertugas di kaunter bayaran bersungguh-sungguh.
Aku mengucapkan terima kasih kepadanya dan kemudian meneruskan perjalanan seperti mana yang diarahkan tadi.
Pukul 11.15 pagi, kami sudahpun berada di lokasi taman tema Lost World of Tambun. Dari jauh, kelihatan bukit-bukit batu kapur berdiri tegak di bahagian belakang taman tema tersebut.
Aku beratur untuk membeli tiket masuk. Bayaran masuk bagi orang dewasa ialah RM30 manakala bagi kanak-kanak pula RM24.00. Lost World of Tambun dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang. Alim, Miza dan Ifa memang sudah tidak sabar sejak semalam lagi untuk bermain air. Kami juga menyewa pelambung atau double tube bagi membolehkan anak-anak berbaring di atasnya sewaktu menyusuri sungai kecil itu.
Seperti taman tema lain, makanan luar tidak boleh dibawa masuk. Suka atau tidak, kena beli makanan yang dijual di dalam taman tema ini. Harga makanan di sini agak mahal dan rasanya tidaklah sesedap manapun...
Lost World of Tambun terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu kawasan permainan air, permainan/hiburan, kawasan air panas, mini zoo, lembah harimau, gua dan bukit batu kapur.
Kami sekeluarga banyak menghabiskan masa di kawasan sungai yang dikenali sebagai Adventure River, Ifa dan Arif menaiki Tube Raiders, Alim, Miza dan Ifa sukakan Kid's Explorabay.
Sesekali, anak-anak beratur menaiki Dragon Flight, Stormrider dan Giddy Galleon. Kami sekeluarga juga menaiki Adventure Express, kenderaan berbentuk keretapi yang mengelilingi taman tema tersebut.
Di Lost World Petting Zoo, kami dapat melihat haiwan-haiwan seperti ular sawa, ikan, burung-burung, arnab, kura-kura, binatang-binatang reptilia lain seperti cicak gergasi. Memang menarik. Yang pasti kanak-kanak memang menyukainya.
Berada di Lost World of Tambun membuatkan kita seakan tidak menyedari masa berlalu dengan pantas. Sedar-sedar dah pukul 5.45 petang. Kami bingkas bersiap-siap untuk membersihkan diri sebelum pulang.
Sebelah malam, selepas makan malam, anak-anak tidur awal kerana semuanya keletihan. Ifa pula sibuk mengemaskini blognya manakala Ida menyiapkan minit mesyuarat untuk dihantar kepada bosnya melalui emel.
Memang benar bagai dikata, sesungguhnya jauh perjalanan, luas pemandangan. Lain tempat, lain pula keindahannya...
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
13 tahun yang lalu
thn lepas tak mahal sgt tiket ye..kami baru pergi baru2 ni..harga tiket dewasa RM45 dan kanak2 RM38..
BalasPadamterima ksaih sebab share info lost world..saya baru nak pegi sabtu ni..hopefully dapat enjoy macam yang di gambarkan..
BalasPadam