Satu lawatan penilaian audit prestasi akademik dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah singgah di Perpustakaan UTeM pada hari Isnin, 8 Mac 2010.
Lawatan ini merupakan salah satu aturcara yang terdapat dalam rangka lawatan selama 4 hari ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dari 8 hingga 11 Mac 2010 yang bertujuan untuk menilai keberkesanan pentadbiran dan pengurusan institusi pengajian tinggi ini sejak penubuhannya kira-kira 10 tahun yang lalu. Selain perpustakaan, fakulti dan pusat-pusat pentadbiran serta kemudahan yang lain juga turut dilawati.
Panel penilai terdiri daripada Prof. Dato' Dr. Mafauzy Mohamed selaku Pengerusi dan Prof. Vincent Pang sebagai Setiausaha manakala auditor pula ialah Prof. Dr. Fauza Abdul Ghaffar, Prof. Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat dan Prof. Dr. Kamarul 'Asri Ibrahim. Mereka diiringi Pegawai Penyelaras daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) iaitu Encik Vikneswaran Gopal dan Cik Hanimasra Abdul Mukhti serta Sekretariat MQA, Puan Laily Kamariah Mohd Jamil.
Panel penilai yang dijadualkan melawat perpustakaan pada jam 4.00 petang tiba lewat daripada jadual asal. Panel penilai ini tiba pada jam 5.20 petang, diiringi Ketua Penolong Pendaftar PJKA, Encik Hanapiah Md Lip, disambut para pegawai di perpustakaan dan dibawa ke Bilik Mesyuarat. Satu taklimat mengenai perpustakaan disampaikan oleh Ketua Pustakawan. Turut hadir ialah Pengarah PJKA, Prof. Madya Shahdan Md. Lani.
Bagi mendapatkan penjelasan, panel telah bertanyakan beberapa soalan terutama dari segi kemudahan kepada pelajar. Memandangkan sudah lewat petang, panel cuba meringkaskan dengan tidak melawat keseluruhan ruang perpustakaan sebaliknya hanya beberapa kemudahan perpustakaan sahaja. Antaranya mesin fotokopi dan kemudahan komputer.
Setelah mengisi pada buku pelawat, panel penilai bergerak ke lobi perpustakaan dan satu sesi bergambar turut diadakan bersama pegawai-pegawai perpustakaan. Mereka akhirnya beredar dari perpustakaan pada jam 6.30 petang.
Setelah hampir seminggu membuat persiapan menghias unit-unit di perpustakaan dan mendapatkan data-data berkaitan untuk dipersembahkan dalam sesi taklimat, akhirnya keseluruhan staf berasa lega apabila semuanya berjalan lancar. Semoga laporan penutup yang bakal dibentangkan panel penilai nanti diharapkan memberangsangkan.
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
13 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan