Jumaat, Mac 05, 2010

Belajar Renang















Dua hari lepas, rakan sekerja, Sabariah bertanyakan aku bagaimana anak-anaknya dapat menyertai kelas renang seperti yang disertai oleh empat orang anak-anakku. Aku memberikan sedikit sebanyak maklumat tentang kelas tersebut. Sabariah berjanji untuk membawa anak-anaknya keesokan harinya. Sungguh teruja sekali anak-anaknya untuk mendapatkan ilmu renang ini.

"Encik Azman nanti minta bayaran bulanan murah..," pinta Sabariah.

"Jangan risau, nanti saya usahakan..," balas aku semula.

Tengah hari tadi, aku menghantar SMS kepada Rajan, pemilik Kelab Renang R&R untuk meminta bayaran murah dan dia membalas setuju.

Malam tadi seperti yang dijanjikan, Sabariah membawa dua orang anaknya manakala Kamariah mendaftarkan anak lelakinya. Setelah mendaftar, ketiga-tiga kanak-kanak itu memulakan latihan di kolam renang. Mereka berlatih dengan bersungguh-sungguh walaupun pada peringkat awal, anak sulung Kamariah menangis, mungkin terkejut atau panik.

Kanak-kanak memang macam tu..lama-kelamaan pandailah dia...

Aku gembira kerana mereka inginkan kemajuan untuk anak-anak mereka seperti mana aku. Bukankah mempelajari suatu ilmu baru itu diibaratkan berhijrah ke dunia baru?

0 ulasan:

Catat Ulasan