Jumaat, April 24, 2009

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009

Aku berkesempatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 pada hari Selasa, 22 April 2009. Pesta Buku Antarabangsa kali ke-28 ini diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dari 17 hingga 26 April 2009. Pelbagai aktiviti diadakan seperti forum, persembahan kanak-kanak dan nyanyian selain jualan buku di gerai-gerai buku. Anda boleh melayari web Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di http://klbookfair.com/
























Poster dan bunting tentang Pesta Buku Antarabangsa 2009


Sebahagian gerai jualan buku untuk buku-buku ilmiah.


Gerai Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM)


Gerai Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)


Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah juga antara kenamaan yang turut hadir ke Pesta Buku.


Persembahan daripada Ustaz Azhan Atan, Juara Akademi Nasyid TV9 2008.


Juga persembahan kanak-kanak.


Pelbagai bentuk promosi dijalankan bagi menarik perhatian pengunjung.


Wiley merupakan salah sebuah syarikat penerbit buku ilmiah.


Pengunjung di gerai Penerbit UTeM


Oxford University Press juga merupakan penerbit buku luar negara.


Pengunjung yang terdiri daripada pelajar sekolah.


Tawar-menawar juga boleh dilakukan bagi mendapatkan harga menarik.


Pengunjung mengambil masa membelek-belek novel sebelum membeli.


Salah satu forum diadakan tentang membaca.

Isnin, April 06, 2009

Hari Keluarga PERPUSTAM

Sabtu, 4 April 2009. Selepas tamat Pertandingan Kaligrafi Cina di MITC, aku sempat bawa Arif dengan Ifa menghadiri Hari Keluarga PERPUSTAM yang diadakan di Taman Rekreasi Air Panas Jasin dekat Bemban. Aku pernah dengar nama tempat rekreasi ni tapi tidak pernah berkunjung ke sana. Dulunya di bawah Majlis Perbandaran Jasin tapi sudah dikomersialkan. Tempatnya memang menarik dan bayaran masuk juga berpatutan. Kalau nak tahu lebih lanjut, layari web ini Taman Rekreasi Air Panas


Pintu masuk ke Taman Rekreasi Air Panas, Bemban.


Papan petunjuk arah membantu pengunjung mengetahui lokasi di dalam TRAP.


Ifa menerima hadiah daripada Pengerusi Kelab KSKP.


Datuk Hj. Abd. Wahab, Pengerusi PERPUSTAM menyampaikan ucapan perasmian Hari Keluarga.


Acara baling belon berisi air untuk pasangan suami isteri.


Acara kerusi berirama untuk kanak-kanak. Ifa di sebelah kanan.


Sambut jangan tak sambut


Balingan ini dinamakan balingan manja...


Sambut jangan tak sambut...


Arif, Ifa dan Miza posing...


Ifa malu-malu pulak...


Steadylah Miza...


Alim bergambar dengan Fatihah...


Macam tak caya lak kolam ni dah wujud sejak tahun 1884.


Sedap berendam air panas kan? Suam-suam kuku...


Papan gelongsor untuk kanak-kanak. Bebaik licin...


Kolam air panas untuk berendam.


Papan tanda menunjukkan kawasan tertentu dengan suhu air panasnya.


Lanskap menarik. Parit yang memisahkan di antara kawasan air panas dengan kawasan rekreasi kanak-kanak.

Pertandingan Kaligrafi Cina

Hari Sabtu, 4 April 2009. Hari ini Nur Arifah menyertai pertandingan kaligrafi cina sempena Karnival Pendidikan Melaka 2009 di MITC, Ayer Keroh. Pertandingan yang bermula jam 9.00 pagi berakhir pada jam 10.30 pagi. Lebih kurang 30 orang menyertai pertandingan ini yang terbahagi kepada kategori Cina dan bukan Cina. Walaupun tidak memenangi apa-apa hadiah, ianya baik untuk pengalaman di samping mendapat sijil penyertaan.


Sebahagian pengunjung karnival.


Pentas tempat berlangsungnya persembahan di karnival.


Pendaftaran pertandingan kaligrafi Cina.


Arifah berusaha membuat yang terbaik.


Boleh tahan jugak menulis kaligrafi ni, macam khat gak...


Tekun nampak...


Sebahagian daripada peserta kaligrafi Cina.


Sebahagian hasil kerja pelajar berbentuk rekacipta robotik dipersembahkan kepada pengunjung.


Sebahagian hasil tangan peserta pertandingan kaligrafi dipamerkan untuk dinilai.


Mencuba aktiviti sains di karnival sambil diperhatikan oleh kakak-kakak PLKN.

Khamis, April 02, 2009

Kejohanan Olahraga Tahunan UTeM Kali Ke-2



Gaya seorang atlit..

Tahun ni dek pelawaan rakan-rakan sekerja, aku kembali menyertai Kejohanan Sukan Tahunan UTeM Kali Ke-2 di Stadium UTeM pada 28 Mac 2009. Kali ini acara yang aku pilih ialah lompat jauh, melempar cakera dan lontar peluru. Walaupun tak dapat medal, sekurang-kurangnya adalah sumbangan dari segi penyertaan....

Rabu, April 01, 2009

AJK Listac Baru

Sekalung tahniah buat barisan kepimpinan baru Kelab Staf Perpustakaan UTeM (LISTAC). Mesyuarat Agung Tahunan LISTAC Kali Ke-6 yang diadakan Bilik Tayangan 2, Unit Media pada 31 Mac 2009 menyaksikan gandingan muka lama dan baru yang bakal menerajui kelab untuk tempoh 2 tahun.

Amanat Penasihat kepada kepimpinan baru ialah sentiasa memberikan sepenuh komitmen dan telus. Kepada semua ahli, mereka diseru menyokong perancangan dan aktiviti AJK Baru. Penasihat menekankan halatuju LISTAC selepas diterajui AJK Baru nanti.














Saudara Mahadir memberi ucapan sulung mewakili Pengerusi Kelab Listac yang baru.

Ahli Jawatankuasa LISTAC 2009/2011

Penasihat: Hjh. Faridah bt. Hj. Md. Amin
Pengerusi: Harulrizam bin Mohamed
Naib Pengerusi : Mahadir bin Che Ali
Setiausaha : Hasliza bt. Mohamed
Naib Setiausaha : Sabariah bt. Ismail
Bendahari : Noraini bt. Mohd Noor
Penolong Bendahari : Jumakyah bt. Yacob
AJK Biro Sukan & Rekreasi : Mohamad Rashid bin Jantan
AJK Biro Kebajikan & Sosial : Salleh bin Mohd Nor
AJK Tugas-tugas Khas : Mohd Siddiq Azizi bin Jais (Kharmizi bin Khamis, bertukar PTJ)
Pemeriksa Kira-kira 1 : Rasida bt. Abu Bakar
Pemeriksa Kira-kira 2 : Fatilah bt. Ramly


Terima kasih buat kepimpinan lama yang cemerlang.

Ahli Jawatankuasa LISTAC 2007/2009

Penasihat: Hjh. Faridah bt. Hj. Md. Amin
Pengerusi: Nurul Akmar bt. Mehat
Naib Pengerusi : Mohd Mawardi bin Badruddin
Setiausaha : Kamariah bt. Kamis
Naib Setiausaha : Fauziah bt. Hassan
Bendahari : Ahmad bin Abu Bakar
Penolong Bendahari : Rohana bt. Hashim
AJK Biro Sukan & Rekreasi : Mohd Ikbar bin Abdul Jabbar
AJK Biro Kebajikan & Sosial : Zulkarnaen bin Mahat
AJK Tugas-tugas Khas : Noor Rahman Jamiah bin Jalil
Pemeriksa Kira-kira : Muhammad Afiz bin Ahmad