Selepas dua hari dimaklumkan akan perpindahan unit ke aras tanah, hari ini proses perpindahan berlaku. Sejak semalam buku-buku dan peralatan serta barangan peribadi sudah dimasukkan ke dalam kotak. Sudah hampir empat bulan menumpang di aras satu, perpindahan ini disegerakan setelah pemasangan perabot di aras berkenaan siap.
Seawal jam 9.00 pagi, pekerja-pekerja syarikat yang dilantik untuk memindahkan barang-barang dan peralatan unit tiba di ruang kerja Unit Rujukan dan mengangkat dan memindahkan ke lokasi yang ditentukan.
Sepanjang hari aku sibuk mengeluar dan menyusun barang-barang dari dalam kotak ke laci yang disediakan. Semoga dengan perpindahan ke ruang kerja baru ini, semangat bekerja akan meningkat dan diharapkan produktiviti juga bertambah.
Sebaik proses perpindahan ke bangunan baru selesai pada 10 Julai 2009, kerja-kerja pengasingan kotak dan peralatan mengikut unit dilaksanakan. Perpindahan perpustakaan dari Kampus Industri Ayer Keroh ke Kampus Induk UTeM di Durian Tunggal mengambil masa 3 hari.
Tempoh masa dari 13 Julai hingga 16 Julai 2009 digunakan untuk menyusun rak-rak dan menaikkan buku-buku ke atas rak. Semua staf bertungkus-lumus mengejar tempoh masa 3 hari untuk melengkapkan perpustakaan sebelum boleh beroperasi secara minimum.
Entah di mana silapnya, bangunan 4 tingkat ini tidak siap sepenuhnya. Aras bawah tanah mengambil masa lagi 2 bulan untuk disiapkan manakala aras-aras yang lain tidak dapat digunakan ruangnya secara maksimum. Tarikh 16 Julai yang ditetapkan untuk beroperasi tidak menjadi. Internet tiada, telefon tiada dan bekalan elektrik masih dalam ujian. Itu tidak termasuk alat penghawa dingin yang kadangkala tidak berfungsi. Perabot pun menggunakan perabot sementara. Pendek kata banyak yang tiada daripada ada.
Apa yang boleh dibuat bila bekerja tanpa kemudahan asas. Semua maklumat ada di dalam server. Pelajar nak pinjam buku tak boleh, nak merujuk pangkalan data pun sukar.
Akhirnya perpustakaan dibuka kepada pengguna mulai 17 Julai 2009. Itupun masa beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang sahaja. So, jika inginkan masa penggunaan perpustakaan, pengguna diminta ke bangunan perpustakaan di Bangunan FKEKK yang beroperasi sehingga jam 11.00 malam.
Sebahagian daripada suasana ini aku rakamkan untuk tatapan bersama...
Mulai 1 Julai 2009, staf Perpustakaan UTeM dijadualkan melaksanakan proses perpindahan ke bangunan baru di Kampus Induk, Durian Tunggal. Proses pertama ialah mengenalpasti mana-mana barangan peribadi dan barangan unit yang akan dibawa nanti dan kemudian ianya dimasukkan ke dalam kotak serta dilabel. Seterusnya barangan-barangan ini akan dikumpulkan di suatu ruang dan akan diangkut oleh 'movers' yang telah ditentukan oleh universiti ke bangunan baru . Proses ini akan berterusan sehingga 15 Julai 2009.
Beginilah sebahagian daripada gelagat staf perpustakaan yang sempat dirakam semasa proses perpindahan. Ada yang serius, ada buat lawak, berposing sakan dan macam-macam lagi...
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
KYT VENOM OPEN KASMA DANIEL HELMET
-
Alhamdulillah
Akhirnya berjaya mendapatakan helmet idaman dengan harga yang lebih murah
berbanding pasaran dan kedai.
Beli dari Lazada pada 11.11.2018. Ha...
Kursus One Spirit, One Team, One Voice
-
Sepanjang tempoh berkhidmat selama 8 tahun ini, akhirnya pada 10-12 Feb 17
aku berpeluang mengikuti kursus di luar kampus iaitu di Sri Menanti Resort,
N9...
Bila nak start diet?...hohoho
-
Selamat Tahun Baru Semua...(apa hal nyer ni wa dah nk masuk bln 3 da..)
pic ni sbg reminder utk aku...do something wawa..nmpk mcm 40 plus..
Teruk giler k...
Bas Panorama
-
*Salam 1 Malaysia Untuk makluman semua staf, bas Panorama telah memulakan
perkhidmatan memasuki kampus induk UTeM mulai kelmarin bagi memudahkan
uru...