Sabtu, 11 September 2010. Hari ini merupakan hari kedua umat Islam merayakan Aidilfitri. Hari ini dua keluarga akan bertolak pulang ke kampung halaman suami dan isteri masing-masing. Keluarga Farok akan bertolak pulang ke Gopeng, Perak manakala keluarga Yunus menuju ke destinasi selatan iaitu di Batu Pahat.
Seawal pagi Mak Munah sudah menyediakan juadah untuk anak-anak dan cucu-cucunya. Bagi Mak Munah, yang penting anak-anak dan cucu-cucunya dapat merasai kenikmatan masakan hasil air tangannya. Kemudian masing-masing bolehlah bergerak ke destinasi dituju.
Pukul 3.00 petang, setelah dua keluarga berangkat ke destinasinya, aku sekeluarga dan keluarga Sharif bergerak menuju rumah Busu Lambak di Bukit Larang, Telok Mas. Setelah bermaafan, kami bertanyakan khabar. Sambil berbual, beliau bingkas ke dapur menyediakan minuman. Kuih-muih sudah berada di atas meja. Jadi kami menikmati apa jua makanan disediakan. Biasanya tiada ketupat pada hari raya kedua dan seterusnya.
Dari rumah Busu Lambak, kami menziarahi Mak Mon dan Pak Saleh di Bukit Pegoh. Mak Mon dan Pak Saleh ni sudah berusia. Mak Mon sedikit bongkok. Namun begitu, keduanya mampu berjalan dan menunaikan solat. Kami dihidangkan kuih-muih dan minuman berupa air berkarbonat. Itu yang paling mudah.
Pukul 5.00 petang, kami singgah di rumah Busu Jamil di Taman Mas. Secara kebetulan, Zaki sekeluarga juga di sana. Kami berbual-bual sambil menjamu selera. Selain kuih-muih, kami dihidangkan roti bakar dan cekodok. Bila dah ramai, apa yang disediakan, semuanya licin.
Pukul 6.15 petang, kami menziarahi Pak Ngah Ahmad dan Pak Uda Samad di Kampung Alai. Sebaik azan Maghrib berkumandang, kami pulang ke rumah.
Sesungguhnya bila dapat menziarahi mereka yang lebih berusia, aku mendapat satu kepuasan. Dapatkah lagi pertemuan seperti ni pada Aidilfitri tahun hadapan? Hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahuinya....
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
13 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan