Dua hari sebelum raya, aku menerima mesej dari adik perempuan aku yang tinggal di Sepang mengatakan baju raya kami sekeluarga masih dalam proses jahitan. Hati mula berkata-kata kemungkinan baju raya tidak akan siap kalau kain untuk baju raya baru dipotong pagi itu. Kain yang agak mahal semeter aku beli sebelum bulan puasa di sebuah gedung menjual kain di Bukit Piatu dan aku rasa tidak ada masalah jika aku menghantar ke kedai jahit yang biasa aku hantar seperti tahun-tahun sebelumnya.
Pada awalnya, Ida memang tidak bersetuju menghantar kain untuk dijahit adik perempuan aku tu bimbang tidak siap tetapi aku meminta Ida bersangka baik. Selepas menghantar ukuran, kami sangkakan semuanya berjalan lancar tetapi dua hari sebelum raya, mesej yang kami terima menimbulkan rasa kecewa. Manakan tidak, hanya baju raya kami sekeluarga sahaja yang tidak siap sedangkan ahli keluarga lain tidak ada masalah walapun menghantar lebih lewat daripada kami.
Yang paling aku geram bukan sahaja baju tidak siap, malah kami dituduh menghantar kain untuk dibuat baju raya lewat. Adik aku cuba berkompromi di mana jika mahu semua pakaian raya siap, seluar raya aku tidak berpoket agar ianya cepat dapat disiapkan memandangkan masa untuk berhari raya semakin hampir.
Sehari sebelum raya seperti yang aku duga, memang benar mesej daripada beliau mengatakan baju tidak siap dan beliau sudah surrender kerana sudah beberapa malam tidurnya tidak mencukupi.
Pakaian tidak siap tidak mengapa. Tetapi cubalah jujur. Persoalannya:
- mengapa kalau sudah tidak mampu tetapi masih menerima tempahan?
- mengapa hanya baju kami sekeluarga yang tidak siap?
- mengapa salahkan hantar kain untuk baju raya lewat sedangkan kain dipotong dua hari sebelum raya?
- mengapa dengan tidak rasa bersalah mengatakan pakaian tidak dapat disiapkan dan bagaimana jika perkara yang sama berlaku terhadap keluarganya...
Hmm...memang menyusahkan. Petang Ramadan terakhir, aku meminta Ida menyiapkan anak-anak. Kami sekeluarga ke sebuah gedung pakaian dan mencari-cari pakaian yang sesuai serta mempunyai warna tema. Alhamdulillah, lewat petang, baju raya untuk kami sekeluarga dapat disediakan. Bukan sahaja kainnya bermutu tetapi murah. Pada aku ada hikmah kejadian begini.
Persediaan raya untuk anak-anak pada aku memang penting. Setidak-tidaknya setahun sekali dapatlah bertukar baju raya seperti masa aku kecil dahulu.
Apa nak dikata...semuanya sudah terjadi...redha ajelah...
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
13 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan