Khamis, September 16, 2010

Hari Raya Aidilfitri - Raya Keenam

15 September 2010. Hari ini merupakan hari keenam hari raya. Aku masih bercuti.

Sebelah pagi aku mengisi masa terluang aku dengan menghantar anak-anak ke sekolah. Alim tidak bersekolah kerana pening kepala sebab tidur lewat. Semalam tidurnya jam 3.00 pagi kerana menonton TV cerita kartun dan bermain kad bersama sepupunya, Farhana.

Tidak ada aktiviti sepanjang hari selain menjemput anak-anak pulang dari sekolah.

Sebelah malam, kami bercadang ke rumah Zubir, abang ipar aku di Kampung Umbai. Aku dan Farok dua sekeluarga serta Mak Munah bertolak ke sana pada jam 9.30 malam. Lorong masuk ke rumahnya terletak hanya beberapa meter dari simpang Pekan Umbai.

Secara kebetulan, Zubir, Ina dan anaknya ada di rumah. Kami dijemput masuk. Selain berbual, kami dihidangkan kuih raya dan juga mee goreng.

Kami bertolak pulang pada jam 11.30 malam.








0 ulasan:

Catat Ulasan