Rabu, September 08, 2010

Shopping Raya

Ahad lalu, lebih kurang jam 11.00 pagi sebaik menjemput Arif balik dari menghadiri kelas tuisyen, kami sekeluarga ke sebuah pusat membeli-belah di Banda Hilir.

Hampir lima jam kami menghabiskan masa mencari pakaian yang sesuai untuk anak-anak. Untuk Miza, dua helai seluar dan baju. Ifa juga tiga helai baju. Alim sudah banyak baju dibelikan emaknya sebelum ini manakala Arif juga mendapat dua helai baju dan sepasang kasut sukan. Alim dan Miza mendapat sepasang kasut setiap seorang. Wah! Bergaya sungguh anak-anak dan mereka sudah tidak sabar untuk beraya.

Anak-anak sedikit keletihan. Bila melalui gerai makanan, aroma makanan menusuk hidung. Itu mampu menggugat keimanan dan puasa anak-anak. Namun begitu, anak-anak aku begitu bersemangat untuk meneruskan puasa mereka.

Pukul 5.00 petang, kami ke sebuah pasar raya baru berdekatan Taman Cempaka. Penuh sungguh tempat meletak kenderaan pasar raya ini. Petang tu aku membayar zakat fitrah untuk mereka di bawah tanggungan aku di kaunter zakat di dalam pasar raya tersebut.

Hampir waktu berbuka, kami ke kedai makanan segera. Huh..bukan main ramai orang menunggu untuk berbuka. Apa yang penting, mencari tempat duduk. Kebetulan satu keluarga berbangsa Cina yang baru sahaja selesai makan dan meninggalkan meja, kami segera mengambil tempat. Alhamdulillah, semuanya beres dan dapatlah kami sekeluarga berbuka dengan selesa.

Sebaik selesai menjamu selera, di pentas berhampiran, satu persembahan kebudayaan bagi menghangatkan sambutan aidilfitri diadakan. Alim dan Miza segera ke depan pentas untuk melihat persembahan tersebut.

Lebih kurang pukul 8.00 malam, kami bertolak pulang. Apa yang penting anak-anak happy dan aku juga happy kerana sebahagian persiapan hari raya untuk anak-anak sudahpun aku sediakan.















0 ulasan:

Catat Ulasan