Sabtu, September 18, 2010

Dihubungi Rakan Lama - CT

Semalam aku mula bekerja setelah seminggu bercuti menyambut Aidilfitri. Sebaik aku memeriksa e-mel, perhatian aku tertumpu kepada satu e-mel bertarikh 14 September 2010 daripada bekas rakan sekerja aku dulu, CT. Sudah hampir enam tahun kami terputus hubungan dengan beliau sebaik beliau mengambil keputusan meletakkan jawatan sebagai pustakawan di Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM), Melaka.

'salam korang..entah mcm ner bloghopping sy found en azman nyer blog (my 1st attempt gugel my kawan lama), shieda n kak saluwa as well..hehehe en azman tqvm for yr entries out there..called "nostalgia"..oh how time flies.nop!al this while seems like to forget countinggg it.who cares.. cliche.'

Barangkali sewaktu beliau melayari internet, secara tidak sengaja terjumpa blog aku dan membaca entri dalam blog aku yang membawa kepada nostalgia semasa bekerja di KUTKM dahulu. Berusia 32 tahun kini, CT suatu masa dahulu merupakan salah seorang daripada tiga pustakawan S3(S41) yang terpilih semasa ditemuduga pada akhir tahun 2001. Dari segi ranking, beliau juga merupakan pustakawan ke-5 dan staf perpustakaan ke-19 dipilih untuk berkhidmat dengan KUTKM pada masa itu dan menggunakan nombor staf 00242.

Beliau melaporkan diri untuk bertugas pada 2 Januari 2002 bersama Arman manakala aku pula melaporkan diri pada 11 Januari 2002. Sebelum beliau berkhidmat di KUTKM, beberapa orang pustakawan telah bertugas di kampus sementara di Taman Tasik Utama seperti Siti Saluwa dan Rasida. Siti Saluwa merupakan pustakawan kedua bertugas di perpustakaan di mana beliau melaporkan diri pada 28 Mei 2001 manakala Rasida pula pada 6 Disember 2001.

'en azman should i need yr green lite to read yrs?shieda pn?.en azman & kak saluwa nyr childrens cemua dh besau2 kn.alhamdulillah..praise to Allah.'

Hmm...meminta kebenaran untuk membaca blog? Bacalah...di internet, maklumat bebas diperolehi. Semasa kami bertugas suatu masa dahulu, CT dan beberapa orang pustakawan memang rapat dengan aku dan kami sering minum pagi bersama. Dari sana kami berkongsi maklumat mengenai kerja dan keluarga. Bersyukur kehadrat Allah SWT kerana anak-anak bukan sahaja dah meningkat remaja malah ada yang sudah bertambah bilangan ahli keluarga.

'1 more thing need i hilite here..our library..whooppps what kinda of statement there.syabas n tahniah korang cemua en azman kak saluwa shieda arman mahadhir kak fauziah (hmmm anyone else i forget to give credits here). Hopefully korang cemua sukses n enjoy dlm keje ok..to those yg dh dpt "tangan kanan" nnt sy singgah melaka harus open table ikar bakar umbai ye..tsssttt.'

Mengenai kerja, CT juga antara 'pioneer' dalam membangunkan perpustakaan. Kredit juga untuk beliau. Bermula dengan tiada sistem perpustakaan, kami sama-sama membangunkan perpustakaan secara manual. Hubungan kami sesama staf dan pustakawan amat rapat dan kami sering berkunjung ke rumah masing-masing terutama semasa hari raya aidilfitri.

Dari segi peribadi, beliau bukan sahaja seorang yang mudah mesra sebaliknya dihormati staf-staf perpustakaan. Satu perkara yang aku hormat kepada beliau ialah dari segi prinsipnya yang tetap, tegas dan sukar berkompromi dalam sesuatu hal yang melibatkan peraturan. Beliau meletakkan jawatan mungkin disebabkan prinsip yang dipegangnya tidak sealiran dengan pengurusan perpustakaan. Kami berdua pernah dipanggil untuk berjumpa Rektor pada awal tahun 2005 untuk menjelaskan situasi di perpustakaan ketika itu.

Kami mengalu-alukan jika beliau ingin singgah di Melaka dan setakat makan ikan bakar tu tidak menjadi masalah..beritahu kami bila 'turun' ke Melaka nanti...

'ok..c korang next raye..ohh i'm so used to say gud bye gud bye gud bye in my life..selamat hari raye..maaf zahir batin sy pohon dr korang cemua...'

Buat CT, selamat hari raya, maaf zahir dan batin dari kami semua. Semoga perhubungan ini akan terus berkekalan dan aku juga mendoakan semoga beliau berjaya dalam kehidupannya.

Just keep in touch...


Foto ini dirakam semasa sambutan hari raya KUTKM di padang Taman Tasik Utama tahun 2004.

2 ulasan:

  1. Masih simpan kenangan bersama...........heheheh

    BalasPadam
  2. Kenangan itu sangat berharga sewaktu sama-sama bersatu dengan yang lain-lain membangunkan perpustakaan....

    BalasPadam