13 September 2010. Hari merupakan hari keempat sambutan aidilfitri. Sesetengah pejabat sudah mula beroperasi kembali dan murid-murid juga sudah ke sekolah selepas seminggu cuti pertengahan penggal. Anak-anak aku agak liat ke sekolah hari ini kerana masih dengan 'mood' raya manakala aku akan bercuti sehingga hari Khamis.
Sepanjang pagi ni aku mengemaskini blog dan sesekali melayan Facebook. Sesekali mencari dan membaca maklumat dari pelbagai sumber perkembangan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati dan tiga rakannya yang dibunuh dengan kejam oleh perancang utamanya iaitu seorang yang berpangkat Datuk bersama adiknya serta beberapa orang suruhan yang lain.
Sebelah petang baru kami sekeluarga bergerak untuk beraya setelah anak Busu Eding sekeluarga dari Johor Bahru yang berkunjung ke rumah pulang jam 6.15 petang. Pukul 6.30 petang, kami ke rumah Bibik Pah di Bukit Cina.
Bibik Pah ni ialah kakak kandung kepada bapa aku, Haji Ayup. Hanya dua orang ini yang masih hidup manakala empat yang lain sudah lama kembali ke rahmatullah. Kedua-duanya merupakan orang yang akan dirujuk jika ada anak-anak buah yang ingin mendapatkan nasihat untuk apa jua majlis yang akan dijalankan dan juga jika berlaku perselisihan keluarga.
Bibik Pah ni baru sahaja kematian menantunya Izhar Abdullah pada 22 Ogos 2010 yang lalu akibat demam denggi. Pak Bibik Bachik pula baru keluar hospital akibat sakit jantung. Alhamdulillah, dapat berjumpa keduanya pada hari raya begini merupakan suatu rahmat buat aku. Sambil menjamu selera, kami berbual kisah-kisah lalu.
Pukul 7.10 malam, kami ke rumah sebelah iaitu rumah Mak Itam. Mak Itam merupakan balu kepada Arwah Pak Itam Talib, adik kepada ayah aku. Walaupun suaminya sudah lama kembali ke rahmatullah, perhubungan kami tetap rapat. Mak Bedah bila ada kenduri-kendara akan menjemput Mak Itam dan anak-anak Mak Itam juga rapat dengan kami sebagai sepupu. Alhamdulillah, kehidupannya semakin selesa setelah anak-anaknya sudah bekerja dan berumahtangga. Menziarahi mereka di hari raya membuatkan aku insaf kehidupan mereka bergelar ibu tunggal.
Jam 7.40 malam, aku ke rumah Mak Bedah untuk mempersiapkan anak-anak kerana kami akan ke Muar untuk menghadiri rumah terbuka abang ipar aku, Zaki. Selepas solat Maghrib, aku bersembang dengan ayah, Haji Ayup dan adik-adik aku yang masih bercuti.
Pukul 9.40 malam, aku sekeluarga bergerak ke Muar melalui Lebuh AMJ. Masih banyak kenderaan di jalan raya tetapi perjalanan lancar. Pukul 10.10 malam kami sudahpun berada di Bandar Muar dan agak terkejut kerana ada jalan yang ditutup dan dijadikan jalan sehala. Pusing punya pusing, terlajak sedikit jalan menghala ke Yong Peng. Mujur tidak jauh dan kami berpatah balik.
Pukul 10.30 malam, kami sampai di rumah Zaki. Ramai ahli keluarga sudahpun berada di sana. Sambil menjamu selera, mereka bertanyakan khabar dan berbual pelbagai topik yang boleh dikongsi bersama. Ada yang mengambil kesempatan menjemput kami ke rumah terbuka mereka hujung minggu ini. Sesekali berderai tawa bila cerita yang dikongsi menimbulkan kelucuan pada si pendengarnya. Bukan selalu dapat berjumpa begini. Hmm...sungguh meriah.
Kami dihidangkan dengan mee bandung, popia, nasi dan rendang ayam serta kuih-kuih raya.
Sudah menjadi kebiasaan bila berbual tidak sedar masa berlalu dan satu demi satu keluarga akan beransur-ansur pulang bila mata mulai mengantuk atau anak-anak mula meragam.
Keluarga kami dan keluarga Farok merupakan keluarga terakhir meninggalkan majlis berkenaan dan kami sampai di Alai jam 1.30 pagi. Begitulah seronoknya beraya tahun ini...bagi kanak-kanak bila pulang, mengira duit raya dan bagi aku yang dewasa ni, mengira apa kalau bukan silatulrahim...
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
13 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan