Seperti kelazimannya di Kg. Pangkalan Jajar, Alai, pada malam raya, sesudah solat Isyak, ahli kariah Surau At-Ta'lim Ad- Diniah akan berkumpul untuk bertakbir. Pada malam itu, jemaah akan akan membawa anak-anak untuk bertakbir bersama tidak kira lelaki ataupun perempuan.
Seorang demi seorang jemaah melaungkan takbir memuji kebesaran Allah SWT di surau berkenaan. Kanak-kanak di atas surau dengan lantang menyambut takbir dan mengulanginya berkali-kali. Lebih kurang pukul 9.15 malam, selesai sesi bertakbir di surau. Kanak-kanak diminta beratur lelaki sebaris dan perempuan sebaris. Seorang jemaah surau mewakili jawatankuasa surau menghulurkan wang kepada kanak-kanak yang turun dari surau tersebut sebagai tanda sedekah. Sungguh gembira kanak-kanak mendapat duit raya.
Memandangkan kawasan kampung ini mempunyai banyak bilangan rumah, sesi bertakbir dari rumah ke rumah dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Untuk kumpulan kami, sebanyak 13 buah rumah ditetapkan untuk ditakbir dengan diketuai oleh Pak Long Latip. Kebanyakan jemaah dewasa akan menyumbangkan alunan takbir sebelum ditutupi dengan doa. Tuan rumah akan menyediakan juadah mengikut kemampuan. Ada yang menghidangkan ketupat, rendang dan sambal, ada juga nasi ayam dan tidak ketinggalan kuih-muih. Bagi yang berkemampuan, sedekah atau duit raya dihulurkan kepada tetamu.
Sepanjang perjalanan, suasana riang gembira terutama kanak-kanak. Semakin banyak rumah, semakin penuh poket masing-masing. Bagi yang kurang berkemampuan, mungkin akan menghulurkan seringgit sebaliknya bagi yang mampu, mereka menghulurkan sehingga lima ringgit. Sambil berjalan, di sana-sini terdengar bunyi dentuman mercun dan riuh kanak-kanak bermain bunga api.
Hampir jam 1.30 pagi, sesi bertakbir dari rumah ke rumah tamat. Biasanya bagi kumpulan kami, rumah Mak Munah adalah rumah terakhir.
Walaupun masa berubah, tradisi tetap diutamakan bagi memastikan aktiviti begini dapat diteruskan generasi akan datang.
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
13 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan