Khamis, September 16, 2010

Hari Raya Aidilfitri - Hari Ketujuh

16 September 2010. Hari ini hari cuti - Cuti Hari Malaysia. Sepanjang hari aku mengemaskini laman blog. Cuma sebelah petang kami bercadang untuk beraya di rumah Abang Musa dan isterinya Kak Jamaliah. Lepas Asar, kami bergerak.

Abang Musa merupakan pesara kerajaan dan pernah bekerja di Suruhanjaya Pilihan Raya dan Hospital Besar Melaka manakala Kak Jamaliah merupakan pesara kerajaan dan pernah berkhidmat di PERPUSTAM. Beliau bersara tahun lepas.

Kami dijemput masuk. Sambil berbual mengenai rakan-rakan sekerja, kami dihidangkan kuih raya dan mee goreng.

Pukul 6.00 petang, kami beredar setelah bersalaman dengannya. Kami kemudian ke rumah Mak Bedah walaupun Mak Bedah dan Hj. Ayup sudahpun mengikut anaknya, Azmi ke Kelantan semalam.






0 ulasan:

Catat Ulasan