Sebaik proses perpindahan ke bangunan baru selesai pada 10 Julai 2009, kerja-kerja pengasingan kotak dan peralatan mengikut unit dilaksanakan. Perpindahan perpustakaan dari Kampus Industri Ayer Keroh ke Kampus Induk UTeM di Durian Tunggal mengambil masa 3 hari.
Tempoh masa dari 13 Julai hingga 16 Julai 2009 digunakan untuk menyusun rak-rak dan menaikkan buku-buku ke atas rak. Semua staf bertungkus-lumus mengejar tempoh masa 3 hari untuk melengkapkan perpustakaan sebelum boleh beroperasi secara minimum.
Entah di mana silapnya, bangunan 4 tingkat ini tidak siap sepenuhnya. Aras bawah tanah mengambil masa lagi 2 bulan untuk disiapkan manakala aras-aras yang lain tidak dapat digunakan ruangnya secara maksimum. Tarikh 16 Julai yang ditetapkan untuk beroperasi tidak menjadi. Internet tiada, telefon tiada dan bekalan elektrik masih dalam ujian. Itu tidak termasuk alat penghawa dingin yang kadangkala tidak berfungsi. Perabot pun menggunakan perabot sementara. Pendek kata banyak yang tiada daripada ada.
Apa yang boleh dibuat bila bekerja tanpa kemudahan asas. Semua maklumat ada di dalam server. Pelajar nak pinjam buku tak boleh, nak merujuk pangkalan data pun sukar.
Akhirnya perpustakaan dibuka kepada pengguna mulai 17 Julai 2009. Itupun masa beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang sahaja. So, jika inginkan masa penggunaan perpustakaan, pengguna diminta ke bangunan perpustakaan di Bangunan FKEKK yang beroperasi sehingga jam 11.00 malam.
Sebahagian daripada suasana ini aku rakamkan untuk tatapan bersama...
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
13 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan