Jika boleh diputarkan masa kembali ke tahun 2003, tentu seronok! waktu tu staf perpustakaan KUTKM belum ramai. Staf pada masa itu berjumlah lebih kurang 15 orang sahaja. Pegawai pula 5 orang, aku, Rasida, Siti Noor Rahmah, Arman dan Siti Saluwa.
Banyak perkara yang kami buat untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli dalam Kelab LISTAC antaranya meraikan harijadi staf. Selain membeli kek harijadi, kad ucapan juga dihantar. Terasa semuanya macam satu keluarga. Yang muda hormatkan yang tua begitulah sebaliknya.
Kini semua staf perpustakaan di Kampus Sementara Taman Tasik Utama masih bekerja di UTeM melainkan Siti Noor Rahmah. Beliau berasal dari Seberang Perai, Pulau Pinang dan mula bekerja di Perpustakaan KUTKM pada tahun 2002. Malangnya, pada penghujung tahun 2004, beliau meletakkan jawatan.
Kadang-kadang rindu pula pada masa lalu yang banyak kenangan manis...
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
13 tahun yang lalu
alamak boss...nostalgia betul lah...siap muka akak lagi enterframe tu....aduhaiiii semua muka fresh2 lagi...cepatnya masa berlalu kan.
BalasPadamTu ler, rindukan persahabatan masa lalu...
BalasPadam