Selasa, Julai 28, 2009

Majlis Perasmian Hari Bersama Pelanggan Perpustam

Majlis Perasmian Hari Bersama Pelanggan Perpustakaan Telok Mas telah diadakan pada 25 Julai 2009 bertempat di Perpustakaan Telok Mas. Majlis ini dirasmikan oleh YB Datuk Hj. Abd. Wahab bin Ab. Latip, Pengerusi PERPUSTAM pada jam 9.00 pagi. Ia bertujuan untuk merapatkan hubungan masyarakat setempat dengan perpustakaan melalui aktiviti yang diadakan pada hari tersebut. Beberapa acara diadakan antaranya pertandingan mewarna, membaca dan berbagai lagi. Semua aktiviti dijalankan sehingga jam 12.30 tengah hari.

Ifa, Miza dan Alim juga menyertai aktiviti-aktiviti berkenaan. Ketiga-tiganya mendapat hadiah kedua dan saguhati. Aku tidak mengharapkan apa-apa daripada pertandingan ini sekadar menyertainya, itupun dah kira ok.
















0 ulasan:

Catat Ulasan