Khamis, Julai 09, 2009

Majlis Bacaan Yaasin Masuk Bangunan Baru

Majlis Bacaan Yaasin sempena masuk bangunan baru telah diadakan pada hari Isnin, 6 Julai 2009 di Bangunan baru Perpustakaan UTeM Kampus Induk, Durian Tunggal. Majlis ringkas ini dihadiri kira-kira 20 orang staf lelaki pejabat perpustakaan dan diketuai oleh Ustaz Azman Amir.

Tujuan majlis ini diadakan ialah bagi 'membersihkan' kawasan perpustakaan ini dari gangguan makhluk halus dan juga bagi membolehkan lain-lain staf terutama staf wanita dapat bekerja di bangunan ini dengan selamat. Majlis ini akan diadakan berturut-turut selama seminggu.

Majlis ringkas ini bermula pada jam 4.40 petang di mana Ustaz Azman Amir mengimamkan Solat Asar dan seterusnya dilanjutkan dengan majlis bacaan Yaasin. Pada akhir majlis, jemaah dihidangkan dengan jamuan ringan.

Semoga semuanya akan selamat. Mudah-mudahan...









0 ulasan:

Catat Ulasan