Pukul 12.30 tengah hari, sewaktu aku bergegas dari Kampus Industri untuk bertugas di MPP di Perpustakaan Kampus Induk, hujan memang lebat. Aku difahamkan hujan lebat mula turun sejak pukul 9.00 pagi lagi. Aku meletakkan kereta di bahu jalan dan berpayung ke hadapan bangunan.
Sejurus sebelum memulakan tugas, aku dimaklumkan bumbung perpustakaan bocor dan air melimpahi ruang legar perpustakaan. Aku sempat merakamkan kejadian ini melalui kamera yang kebetulan aku bawa bersama.
Berikut adalah kronologi limpahan hujan di perpustakaan pada 27 Julai 2009:
12.45 tengah hari: Hujan lebat menyebabkan air mengalir masuk ke dalam bumbung dan meresapi siling bangunan di bahagian ruang legar perpustakaan.
1.00 petang: Beberapa bahagian siling yang diresapi air jatuh ke lantai di ruang legar. Air hujan mula mencurah-curah masuk melalui celah-celah siling yang lain dan memenuhi lantai di ruang tersebut.
1.05 petang: Limpahan air hujan sudah menjangkau di hadapan Kaunter Sirkulasi. Petugas mula mencabut suis komputer di lantai kaunter.
1.10 petang: Ruang pengguna di hadapan Kaunter Sirkulasi dipenuhi air hujan setinggi kira-kira 2 cm dari lantai. Hujan masih lagi mencurah-curah turun dari siling bangunan.
1.18 petang: Limpahan air hujan mengalir deras masuk ke kawasan longkang.
1.22 petang: Air hujan yang melimpah sudah menjangkau hampir ke rak jurnal berjilid.
1.30 petang: Kelihatan beberapa orang wakil kontraktor bangunan masuk dan meninjau bumbung yang bocor. Beberapa orang wakil dari PPPA turut kelihatan meninjau kerosakan bangunan.
1.45 petang: Lebih ramai pekerja bangunan dikerah untuk menolak air ke luar bangunan dengan dibantu oleh pencuci bangunan. Hampir 20 orang pekerja yang kebanyakannya pekerja asing bertungkus-lumus membersihkan lobi perpustakaan.
2.10 petang: Kerja-kerja pembersihan masih lagi giat dijalankan.
2.12 petang: Hampir keseluruhan Unit Sirkulasi terutama di ruang kerja dipenuhi air hujan.
2.30 petang: Kawasan lobi ditutup kepada orang ramai dan dikhuatiri berbahaya ditimpa siling basah.
2.31 petang: Tinjauan mendapati kedua-dua ruang di kiri dan kanan sebelah luar lobi terdapat siling bertaburan.
2.35 petang: Wakil dari Pusat Komputer meninjau keadaan di comrack di aras bawah tanah dan mendapati air melimpahi kawasan berkenaan.
2.39 petang: Petugas berkenaan mengambil keputusan mengeluarkan generator dari bilik comrack untuk dibawa ke Pusat Komputer.
2.42 petang: Pihak kontraktor berbincang bagi mengatasi masalah saliran dari atas jalan ke bilik comrack.
3.10 petang: Kerja-kerja pembersihan selesai. Namun begitu perpustakaan masih lagi ditutup kepada pengguna.
5.10 petang: Beberapa orang pekerja bangunan masih lagi di bumbung untuk menyelesaikan masalah kebocoran ini manakala di tepi bangunan di aras bawah terdapat kerja-kerja penggalian giat dijalankan bagi memastikan limpahan air tidak masuk ke dalam bangunan.
Aku masih bimbang dan berfikir iaitu jika pada sebelah malam nanti hujan lebat berterusan, apa pula tindakan selanjutnya untuk memastikan bahan-bahan perpustakaan tidak rosak. Apa pula tindakan jangkapanjang bagi memastikan perkara seumpama ini tidak berulang. Sama-samalah pihak berkenaan memikirkannya....
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
12 tahun yang lalu
Dah takdirnya begitu...tempuh je le...Macamana dengan buku? ada yang rosak tak?
BalasPadamBelum lagi, tak tahu apa lagi nak jadi ni!!!
BalasPadam