Mengimbau kenangan silam pasti membuatkan kita nostalgia kepada masa lalu. Satu perkara di KUTKM dek bilangan stafnya kecil, ikatan persahabatan di antara staf kukuh. Aku suka dengan trend begini. Apabila berjumpa, berjabat tangan, sentiasa menegur dan memberi salam.
Pada tahun 2002, selain universiti mengadakan sambutan hari raya peringkat universiti, setiap jabatan atau dikenali sebagai PTJ juga mengadakan majlis masing-masing. Ia umpama rumah terbuka. Masing-masing PTJ akan menetapkan bilakah tarikh sesuai untuk mengadakan majlis rumah terbuka ini. Selama sebulan raya, akan ada jemputan daripada PTJ untuk mengadakan rumah terbuka ini. Berbagai juadah disediakan. Biasanya ketupat dan lemang menjadi makan favourite.
Di Perpustakaan KUTKM juga diadakan rumah terbuka. Ia diadakan pada 20 Disember 2002. Biasanya Kelab LISTAC akan menguruskan majlis ini. Antara tetamu istimewa yang dijemput ialah Naib Canselor (Rektor), Timbalan Naib Canselor dan semua ketua PTJ dan staf-staf KUTKM yang berkelapangan.
Oleh kerana ruang sedia ada agak sempit maka berseleraklah para tetamu menikmati jamuan. Sambil menjamu selera, masing-masing akan bertanyakan khabar dan berbual mengenai apa jua perkara termasuklah politik semasa.
Di akhir majlis, staf perpustakaan terutama staf wanita akan bertungkus-lumus membasuh pinggan-mangkuk manakala yang lelakinya akan tolong menyusunnya di atas meja dan membuang sampah. Kerjasama di antara staf memang baik. Setiap perkara yang hendak dilaksanakan, akan dibuat secara musyawarah bak kata pepatah, 'bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat'. Seperti aktiviti-aktiviti sebelumnya, sesi bergambar akan tetap mendapat sambutan daripada staf perpustakaan.
Dan bagi aku kenangan ini sangat aku merindukannya...
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
13 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan