Hari Keluarga merupakan suatu hari yang ditunggu-tunggu oleh setiap staf dan keluarga mereka. Ia merupakan suatu platform untuk merapatkan ukhwah di antara staf dan ahli keluarga mereka. Dengan mengadakan hari keluarga ini, staf dapat mengenali ahli keluarga rakan-rakan sekerja mereka di samping dapat beramah-mesra melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan.
Tahun 2003 merupakan tahun di mana aku dilantik menjadi Pengerusi LISTAC. Beberapa AJK LISTAC yang dilantik bertungkus-lumus mencari dana dan penaja untuk hari keluarga ini. Ada juga pustakawan yang tidak menjadi AJK LISTAC juga turut bersama-sama membantu mencari penaja melalui pembekal-pembekal buku.
Akhirnya berkat kerjasama, matlamat ini dapat direalisasikan. Pada 18 Oktober 2003, Hari Keluarga Listac 2003 diadakan di PNKMB Nelayan, Kuala Sungai Baru. Staf disediakan kenderaan universiti dan ada juga yang datang dengan kenderaan sendiri.
Pada sebelah tengah hari, sebaik sampai, semua staf bersama ahli keluarga masing-masing makan tengah hari di ruangan yang disediakan oleh pihak resort. Sebelah petang, selepas Asar, diadakan permainan membina istana pasir dan juga permainan bola sepak pantai.
Pada sebelah malam pula diadakan makan malam dan kemudian aktiviti bebas. Ada yang berkaraoke dan ada yang keletihan, tidur awal.
Keesokan harinya, selepas sarapan pagi diadakan pula sukaneka. Berbagai acara diadakan diantaranya makan buah epal, baling belon berisi air, menganyam ketupat, rebut kerusi dan macam-macam lagi. Pada sebelah tengah hari sebelum pulang, diadakan penyampaian hadiah. Semua staf mendapat hadiah masing-masing melalui cabutan nombor bertuah. Bagi kumpulan, hadiah kepada kumpulan dikira melalui campuran markah semua aktiviti.
Dan sehingga kini, itulah Hari Keluarga yang pernah kami anjurkan dan dianggap meriah. Kenangan ini sungguh istimewa dan ia tidak akan kulupakan sampai bila-bila...
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
13 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan