Memaparkan catatan dengan label ikan bakar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ikan bakar. Papar semua catatan

Ahad, September 19, 2010

Makan Ikan Bakar

Jumaat, 17 September 2010. Seperti yang dipinta Arif kepada neneknya, Mak Munah dua hari lepas untuk makan ikan bakar, akhirnya malam itu hajatnya ditunaikan. Menurut Arif sudah lama dia tidak merasa ikan bakar maklumlah bulan puasa.

Pukul 9.00 malam kami bertolak ke Medan Ikan Bakar Crystal Bay, Alai yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumah. Hari ini merupakan hari terakhir keluarga Farok bercuti di kampung kerana malam ini mereka sekeluarga akan bertolak balik ke Putra Height, USJ. Kami ke sana dengan dua buah kenderaan.

Sebaik sampai, Mak Munah dan Ida memilih ikan, udang, sotong dan kupang untuk dimasak. Dalam masa 15 minit, hidangan diterima secara berperingkat. Selain nasi lemak, kami dihidangkan dengan sotong goreng tepung, udang goreng, kupang, ikan bakar dan juga otak-otak.

Bukan main berselera masing-masing makan. Maklumlah sudah lama tidak pekena makan laut ini. Arif membisikkan ke telinga aku yang dia terasa begitu kenyang dengan makanan yang dihidangkan itu.

Pukul 10.30 malam, kami bergerak balik ke rumah. Lebih kurang jam 11.15 malam, Farok sekeluarga berangkat pulang ke USJ.Sekurang-kurangnya kerinduan Arif terubat bila dapat menikmati makanan laut malam ini.




















Selasa, Julai 13, 2010

Makan Ikan Bakar Lagi

Ahad, 11 Julai 2010. Malam tu kami merancang untuk makan ikan bakar. Kali ini Mak Munah belanja. Barangkali dah lama tak merasa ikan bakar atau kebetulan hajatnya untuk mengadakan kenduri arwah sehari sebelum tercapai.

Pukul 9.30 malam, kami dua keluarga bergerak ke Medan Ikan Bakar di Crystal Bay, Alai. Jarak lebih kurang satu kilometer dari rumah. Farok sekeluarga bergerak dahulu untuk menempah pesanan sebelum kenderaan aku menyusul 10 minit kemudian.

Kami memilih Gerai Haji Musa. Memang kami selalu memilih gerai ikan bakar beliau kerana Mak Munah sememangnya mengenali tauke kedai ini. Barangkali dapatlah diskaun.

Malam tu tidak berapa ramai pengunjung. Jadi cepatlah kami dapat makanan yang dipesan. Bermacam-macam. Ikan bakar, udang goreng, sotong celup tepung, ketam goreng, kupang dan bermacam-macam lagi.

Lebih kurang jam 10.30 malam, segalanya selesai. Setelah bersalaman, Farok sekeluarga beredar pulang ke Putra Heights.


















Ahad, Oktober 19, 2008

Teringin Nak Makan Ikan Bakar















Hari Sabtu, 18 Oktober 2006, aku teragak nak makan ikan bakar. Aku meminta isteri dan anak-anakku supaya bersiap agar sampai ke tempat dituju lebih awal. Lepas sembahyang Maghrib, kami pun berbincang untuk memilih gerai mana yang akan dituju.

Di Melaka ni, tak susah nak cari medan ikan bakar. Dari rumah kami di Alai, banyak pilihan boleh dibuat. Boleh pergi Medan Ikan Bakar Umbai, Serkam dan Anjung Batu. Hari ini aku bercadang untuk ke Medan Ikan Bakar di Telok Mas, bersebelahan dengan Penjara Henry Gurney. Tempatnya memang menarik, tak berapa ramai orang yang tahu, malangnya sewaktu aku sampai, banyak 'benda' yang dah habis. Udang dah habis, sotong pun tinggal sikit dan yang tinggal hanyalah ikan sahaja.

Memandangkan semua 'benda' habis, aku mengambil keputusan untuk ke Medan Ikan Bakar Alai, berhampiran Cyrstal Bay. Tak jauh, lebih kurang 2 kilometer saja. Kat sini hanya ada 3 gerai saja yang dibuka iaitu 2 gerai ikan bakar dan satu lagi gerai menjual kraftangan. Malam ni orang yang datang agak ramai juga. Satu Gerai Ikan Bakar Alaa Kasim dan satu lagi Gerai Ikan Bakar Haji Musa. Kedudukan ketiga-tiga gerai ini berhampiran sungai dan di sebelah sungai tersebut juga ada sederet gerai ikan bakar yang lama. Kepada orang yang datang dari luar Melaka, aku nak nasihatkan kalau nak makan ikan bakar ramai-ramai, baik tempat dulu. kalau nak makan malam, sebelah petang, lebih kurang pukul 6.00 petang, dah boleh tempah. Kalau tidak, jawabnya terpaksa menunggu lama.

Malam ni aku seperti sebelumnya ke Gerai Ikan Bakar Haji Musa. Aku tak tahu kenapa aku suka masakan di gerai ini. Tapi memang sedap. Isteri aku mula memilih beberapa ekor udang, sotong, ikan dan ketam untuk ditimbang. Anak-anakku juga dah kelaparan. Lebih kurang 20 minit, semua makanan yang dipesan siap dihidangkan. Anakku, Nur Hamizah bukan main lagi meratah udang dan ketam, Nur Arifah sukakan ikan sweet & sour manakala aku sukakan sotong goreng tepung, udang dan ketam goreng. Isteri aku sukakan semuanya.

Malam ni semua makanan yang dihidangkan habis semuanya. Yang penting, hajatku untuk merasakan makanan laut ini tercapai...

Yelah, baru lepas hujan katakan.....
















Gerai Ikan Bakar Haji Musa
















Pengunjung yang datang agak ramai, terutama cuti sekolah ataupun hari gaji.