Memaparkan catatan dengan label hari jadi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hari jadi. Papar semua catatan

Ahad, September 19, 2010

Selamat Ulangtahun Ke-2 Aisyah Najwa

Hari ini merupakan ulangtahun ke-2 Aisyah Najwa, anak adik aku Zainab. Dan hari ini juga Zainab dan suaminya Azman mengadakan rumah terbuka untuk saudara-mara dan rakan-rakan sekerja beliau. Tetapi lokasi berbeza, bukan di rumahnya sebaliknya di rumah Mak Bedah.

Sejak awal pagi lagi, Zainab dibantu adik-beradiknya termasuk aku membuat persiapan untuk rumah terbuka. Menunya seperti tahun-tahun lepas ialah nasi ayam, lontong, buah-buahan serta kuih-kuih raya.

Aku, Arif, Ifa dan Miza sempat ke sebuah pasar raya untuk membelikan hadiah untuk Aisyah.

Jam 1.40 tengah hari, Pak Talib yang kami jemput untuk membaca doa selamat sampai. Bacaan doa selamat berkumandang di beranda rumah. Sebaik selesai, semua tetamu dijemput menjamu selera. Kemudian, kek hari jadi yang dibeli dari Secret Recipe dipotong.

Sebelum pulang, Ifa, Miza dan Alim menghulurkan hadiah yang dibeli dan dibungkus rapi kepada Aisyah Najwa. Bila dibuka, Aisyah seronok mendapat hadiah iaitu sebuah kereta mainan berwarna merah jambu.

Kami bergerak pulang dari rumah Mak Bedah jam 6.30 petang. Semoga Aisyah Najwa cepat besar....










Isnin, Mei 24, 2010

Sambutan Hari Lahir

Sabtu, 22 Mei 2010 merupakan hari jadi aku. Seawal pagi aku menerima ucapan daripada Ida, Arif, Miza dan Alim. Cuma Ifa memberikan ucapan melalui Facebook. Rozanah, adik aku juga menghantar ucapan melalu SMS. Yati juga melalui Facebook. Terharu juga..

Dalam usia sebegini tiada apa yang aku harapkan selain memohon kehadrat Allah SWT agar dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan agar dapat aku meneruskan kehidupan demi orang-orang yang tersayang yang sentiasa menyokong aku dari belakang. Siapa lagi kalau bukan ahli keluargaku...

Tiada sambutan besar-besaran. Hanya sekadar celebrate di sebuah restoran makanan segera. Yang penting anak-anak happy...



















Selasa, September 29, 2009

Hadiah Hari Lahir Arif

Arif menyambut hari lahirnya ke-13 pada 22 Ogos 2009, iaitu hari pertama berpuasa di bulan Ramadhan. Pada malam sambutan hari lahirnya itu aku ada bertanyakan apakah hadiah hari lahirnya kali ini dan beliau inginkan sepasang kasut bola berjenama.

Petang semalam, selepas pulang dari kerja, aku sempat ke kedai sukan Al-Ikhsan bersama Arif dan memintanya memilih kasut sukan yang diingininya. Cari punya cari, dapatlah sepasang kasut bola berjenama Adidas bersaiz 10. Kasut berwarna hitam biru ini agak menarik dan harganya ialah RM189 sepasang.

Arif mengucapkan terima kasih setelah mendapat hadiah hari lahirnya itu dan aku berharap dengan hadiah ini beliau akan lebih bersemangat untuk mewakili sekolahnya dalam acara sukan nanti.



Selasa, September 22, 2009

Sambutan Hari Lahir Ana, Eidlan Dan Imran

Dalam kemeriahan menyambut raya, ada juga sambutan hari lahir di rumah Mak Munah. Majlis ringkas ini agak meriah walaupun disambut secara sederhana. Kali ini majlis dibuat secara bersama iaitu hari lahir Farhana, puteri kepada Farok dan Roziah dan Eidlan dan Imran, putera kepada Zaki dan Hezrina.

Farhana menyambut ulangtahun ke-5, Eidlan kali-9 manakala Imran pula kali-11. Majlis ini dihadiri semua ahli keluarga dan sepupu mereka yang masih beraya di kampung.

Semoga semua mereka bertambah sukses dalam kehidupan.