Isnin, Mei 24, 2010

Sambutan Hari Lahir

Sabtu, 22 Mei 2010 merupakan hari jadi aku. Seawal pagi aku menerima ucapan daripada Ida, Arif, Miza dan Alim. Cuma Ifa memberikan ucapan melalui Facebook. Rozanah, adik aku juga menghantar ucapan melalu SMS. Yati juga melalui Facebook. Terharu juga..

Dalam usia sebegini tiada apa yang aku harapkan selain memohon kehadrat Allah SWT agar dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan agar dapat aku meneruskan kehidupan demi orang-orang yang tersayang yang sentiasa menyokong aku dari belakang. Siapa lagi kalau bukan ahli keluargaku...

Tiada sambutan besar-besaran. Hanya sekadar celebrate di sebuah restoran makanan segera. Yang penting anak-anak happy...



















2 ulasan:

  1. happy belated birthday. semoga sentiasa bahagia bersama family tersayang. Dan jugak terima kasih yg tak terhingga sebab sudi jaga mak..

    BalasPadam