Negara tembok besar China melebarkan penguasaan pada kejohanan Piala Thomas untuk kali kelapan dan keempat berturut-turut selepas menewaskan Indonesia 3-0 pada aksi final di Stadium Putra Bukit Jalil semalam.
Indonesia gagal mencalar keegoan juara bertahan China apabila pemain nombor dua dunia, Lin Dan mempamerkan aksi pada kelas tersendiri dengan menewaskan Taufik Hidayat, 21-7, 21-14.
Lin Dan memberi mata pertama kepada China sekali gus meniup harapan kepada barisan pemain Piala Thomas negara itu untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi di Senayan, Indonesia, dua tahun lalu.
Menurut Taufik, Lin Dan bermain lebih bagus jika melihat kepada teknik permainan dan fizikal yang ditonjolkan pada kali ini.
Walaupun kecewa dengan kekalahan itu dan gagal menghadiahkan mata pertama untuk Indonesia, Taufik mengakui kalah dan menang adalah adat pertandingan.
"Saya cuba sedaya upaya untuk bangkit melakukan tentangan tetapi ternyata dia lawan yang sukar dijinakkan. Namun saya tidak meletakkan apa-apa alasan untuk kekalahanan ini," katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan pemain perseorangan pertama tadi.
Mata kedua China diperoleh menerusi gandingan beregu pertama, Cai Yun/Fu Haifeng. Perlawanan yang memakan masa hampir sejam itu menyaksikan mereka berjaya menundukkan Markis Kido/Hendra Setiawan25-23, 16-21, 21-12.
Meskipun tewas, gandingan mantap dari Indonesia itu memaksa Cai Yun/FuHaifeng bermandi peluh apabila mengheret perlawanan ke set penentuanselepas bangkit di set kedua.
Semangat juang pasangan dari Indonesia itu turut diakui Fu Haifeng yang menegaskan mereka terpaksa berjuang dari segi mental memandangkan kedua-dua pasukan mempunyai gaya permainan hampir serupa.
"Mereka adalah cabaran utama kami dalam acara beregu kerana gaya permainan mereka begitu unik. Namun kami sudah bersedia bertemu mereka," katanya.
Keunggulan China diteruskan pemain nombor tiga dunia, Chen Jin yangmenghadiahkan mata kemenangan buat pasukannya selepas menundukkanSimon Santoso 19-21, 21-17, 21-7.
Simon bangkit pada set kedua tetapi gagal menyekat kemaraan juara pada Kejohanan All England 2008 itu.
"Chen Jin lebih banyak bersabar pada set ketiga. Dia sentiasa memberi tekanan kepada saya. Saya tidak sedikit pun tertekan tetapi hanya memikirkan cara untuk memberi mata pertama kepada pasukan," katanya.
Pertemuan hari ini menyaksikan China bertemu Indonesia di final PialaThomas sebanyak lima kali.
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
13 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan