Petang semalam, sebaik kami sekeluarga menjemput Ifa balik dari kelas tuisyen, aku bercadang untuk membawa anak-anak menjamu selera di Pantai Puteri. Dah lama aku rancang untuk membawa ahli keluarga termasuk Mak Munah tetapi minggu ni pula beliau mengikuti rombongan ke Pulau Pinang.
Pukul 5.30 petang, kami bergerak melalui Banda Hilir dan mengikut jalan pantai hingga ke Klebang dan kemudian ke Tanjung Kling. Jalan agak sesak dan mungkin ramai yang mengambil peluang bersiar-siar sempena cuti Hari Wesak.
Pukul 6.15 petang, kami sampai di Medan Selera Puteri Malam, betul-betul berhadapan dengan Pantai Puteri. Jalan agak sesak sedikit, kebetulan persiapan pertandingan memancing hari ini. Beberapa khemah untuk dijadikan gerai jualan pakaian dan sebagainya didirikan di tepi pantai untuk menarik pelancong.
Kami singgah di Kedai Mesraria Yong Tau Foo, iaitu gerai paling hujung di medan selera tersebut. Gerai ini memang popular yong tau foonya. Mungkin ada yang pernah menjamu selera di gerai ini.
Ida, Ifa, Miza dan Alim sukakan yong tau foo manakala aku dan Arif memesan nasi goreng ayam. Anak-anak juga sukakan otak-otak dan habis dua bakul dikerjakannya. Masing-masing juga memesan air batu campur, air mata kucing dan milo ais.
Seronok melihat anak-anak berselera menjamah makanan yang dipesan.
Sewaktu kami sekeluarga menjamu selera, tiba-tiba aku terpandang satu keluarga seramai empat orang baru masuk ke gerai tersebut. Beliau ialah Prof. Dr. Mohamad Kadim Suaidi, Timbalan Naib Canselor(Penyelidikan & Inovasi) UTeM bersama isteri, anak lelaki dan anak perempuan beliau.
Lebih kurang pukul 7.00 malam, kami selesai menjamu selera. Sewaktu melalui meja berhampiran dengan keluarga Prof. Dr. Mohamad Kadim, aku menghampiri beliau.
"Prof...," sapa aku lalu kami berjabat tangan.
"Bawa anak-anak ye?" tanya beliau.
"Ya, Prof..." balas aku kemudian sambil tersenyum.
Aku meminta diri.
Petang tu kami menyusuri jalan di Pantai Puteri dengan kenderaan sehingga ke Kg. Tanah Merah. Kami kemudian berpatah balik untuk pulang ke pusat bandar raya.
Malam tu jalan punyalah sesak dan perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 45 minit kini menjadi satu setengah jam. Mujurlah dalam kenderaan aku ada video. Jadi, tidaklah bosan sangat kerana masing-masing asyik menonton Evolusi KL Drift 2 yang banyak unsur-unsur aksi dan suspens.
Akhirnya kami sampai di rumah jam 9.00 malam.
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
13 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan