Isnin, Mei 31, 2010

Menikmati Ais Krim Baskin Robbins

Pernahkah anda ke Baskin Robbins untuk mendapatkan diskaun 31% pada setiap 31 haribulan? Ya, memang ramai yang akan mengunjungi gerai tersebut dan anda kena beratur panjang serta perlu mendapatkan nombor. Anda juga perlu menunggu giliran dengan sabar. Sebelum itu ada baiknya anda memilih perisa yang anda gemari terlebih dahulu agar bila sampai giliran anda, ianya menjadi cepat.

Petang tadi sewaktu menjemput anak-anak di rumah Mak Bedah, Ifa mengingatkan aku sesuatu. Katanya hari ini 31 Mei 2010. Ah, lupa pula aku...

Kami ke Jusco Bandaraya Melaka walaupun kami boleh singgah di Baskin Robbins Mahkota Parade. Sebaik tiba di gerai Baskin Robbins, aku meminta Ifa memilih mana-mana perisa yang diingininya untuk dibawa pulang. Berbagai perisa ais krim yang ada. Memang rambang mata. Ifa memilih world classic chocolate, chocolate chip dan cotton candy.

Kami memilih bekas half-gallon dan harganya...hmm boleh tahan tapi disebabkan ada diskaun, memang berbaloi. Aku memilih tambahan dua scoop untuk dua perisa lagi buat bekalan di dalam kenderaan sewaktu pulang ke rumah.

Hmm...sesekali nak juga rasa ais krim mahal dan berbagai perisa...








0 ulasan:

Catat Ulasan