Aku bersama Zaidi, Rashid dan Mawardi.Pagi tadi aku menghadiri Bengkel Penstrukturan Dokumentasi Manual Kualiti Bagi Proses Dokumen ISO Pejabat Perpustakaan yang dianjurkan oleh Pejabat Perpustakaan UTeM. Bengkel ini adalah susulan daripada bengkel yang telah diadakan pada
22 April 2010.
Bengkel kali ini hanya melibatkan para pustakawan dan bertujuan untuk mempercepatkan proses penyediaan manual kualiti bagi tujuan persijilan MS ISO9001:2008.
Seramai 13 orang pustakawan terlibat dan peserta bengkel dibahagikan kepada 4 kumpulan di mana setiap kumpulan perlu menyiapkan tugasan dalam kumpulan.
Perjalanan bengkel ini agak membosankan bila mana sistem penghawa dingin tidak berfungsi dan taklimat bengkel itu sendiri tidak begitu menarik.
Bengkel yang diadakan di Bilik Tayangan, Aras 2 ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang.
Apa nak buat? Layan jer....
0 ulasan:
Catat Ulasan