Selasa, Jun 15, 2010

Mengunjungi Rabbit Park

Pukul 2.25 petang, kami singgah di Rabbit Park. Di sini bayaran masuk ialah RM3.00 seorang kecuali kanak-kanak yang berumur di bawah 2 tahun. Jika ingin membeli makanan arnab, harganya pula ialah RM1.50 sepeket. Semua bayaran dibuat di kaunter masuk.

Rabbit Park merupakan kawasan terbuka untuk arnab. Terdapat lebih 150 arnab pelbagai spesis di kawasan ini. Pengunjung boleh menyentuh, bermain-main serta memberi makanan kepada arnab. Terdapat satu kawasan lain bagi pembiakan dan penempatan anak-anak arnab yang baru dilahirkan di mana ia dikuarantin serta tidak dibenarkan untuk diberi makan.

Ada juga keldai dan kuda yang ditawarkan untuk ditunggang oleh kanak-kanak pada harga RM6.00 satu pusingan. Mereka kemudian boleh bergambar semasa menunggang kuda atau keldai tersebut.

Selain arnab, keldai dan kuda, binatang-binatang lain yang terdapat di sini ialah bangau dan kura-kura. Sungguh menyeronokkan bila membawa kanak-kanak ke sini.

Pukul 4.15 petang, kami bertolak balik ke Putra Heights.






























0 ulasan:

Catat Ulasan