SERAMAI 215 murid dari seluruh Melaka melaungkan 5A ketika menyertai program Klinik UPSR 2010 di Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) Durian Tunggal di Melaka, hari ini. - Berita HarianKlinik UPSR 2010 Fasa 2 anjuran Berita Harian/Didik bagi Negeri Melaka telah diadakan pada 5 dan 6 Jun 2010. Seramai 215 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR menghadiri klinik yang diadakan di Dewan Seminar FTMK, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Kali ini aku mendaftarkan Ifa sebagai peserta bertujuan untuk persediaan beliau menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun hadapan. Di samping itu aku berharap Ifa dapat memahami teknik menjawab soalan-soalan UPSR di dalam klinik UPSR yang dikendalikan oleh beberapa orang penceramah dari Kuala Lumpur.
Setelah pendaftaran, para peserta dibekalkan dengan fail berisi buku-buku latihan dan jadual waktu klinik. Klinik UPSR ini diadakan mulai jam 8.30 pagi hingga jam 6.00 petang. Para peserta diminta menyanyikan lagu wajib Didik iaitu Yakin 5A secara beramai-ramai. Mereka juga diingatkan oleh penganjur agar menjaga kebersihan tempat diadakan klinik ini di samping tidak membuat bising dan kerap ke bilik air.
Hari pertama, soalan-soalan UPSR tahun-tahun terdahulu yang diperbincangkan ialah Bahasa Melayu dan Matematik manakala pada hari kedua pula ialah Sains dan Bahasa Inggeris. Sesi klinik amat memberangsangkan. Pelajar-pelajar nampaknya respons dengan pertanyaan penceramah.
Pada pandangan aku, Klinik UPSR Fasa 2 ini berjaya dari segi penganjurannya baik dari sudut penyampaian penceramah, suasana bilik yang selesa, makanan, tempat letak kereta dan sebagainya. Semoga penganjuran sebegini berterusan di UTeM hendaknya....
Yakin 5AMenjana ilmu
Mendidik minda
Tekad usaha
Untuk berjaya
Semangat diri insan cemerlang
5A kami sasarkan
Kami yakin
Apa dijanji
Tunai harapan ibu dan ayah
Tiada halangan
Tiada persoalan
Matlamat 5A dalam genggaman
Umpama gunung akan didaki
Bagai lautan luas direnangi
Kami Superkids kata akan dikota
Kami yakin 5A UPSR
5A UPSR..DIDIK!
0 ulasan:
Catat Ulasan