Sewaktu singgah di Rabbit Park, anak-anak sungguh seronok melihat arnab-arnab di kandang terbuka. Arnab-arnab ini sungguh jinak. Ada yang mendekati pengunjung untuk mendapatkan makanan dan ada juga yang melarikan diri kerana takut.
Sewaktu ingin memberi makan kepada arnab-arnab ini, aku lihat Ifa terjerit-jerit kerana geli dengan binatang ini. Alim pula sampai menangis, meleleh air mata kerana takut dan Miza pula menjauhkan diri. Memandangkan Farhana, sepupu mereka begitu berani memberi makan kepada arnab-arnab ini, ketiga-tiga anak aku ini mula memberanikan diri.
Akhirnya mereka berjaya. Selepas melalui pengalaman pertama, mereka sudah berani untuk memberi makan arnab. Malangnya, arnab-arnab ini sudahpun kekenyangan dan memandang sahaja makanan yang diberikan. Walau apapun, aku puji keberanian anak-anak aku ini...
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
13 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan