Pagi 10 Jun 2010, selepas bersarapan, anak-anak sudah tidak sabar untuk mandi-manda. Pukul 10.00 pagi, kami bergerak ke Taman Rekreasi Air Panas, Sungai Klah. Jarak TRAP lebih kurang 150 meter dari tempat penginapan. Anak-anak masih tidak puas mandi-manda. Mandi air mata gunung katanya. Sejuk.
Pukul 12.15 tengah hari, kami ke kolam air panas. Saja-saja rendam kaki. Ada juga laluan refleksologi. Ifa pula singgah sebentar di tapak merebus telur. Setelah membeli 5 biji telur mentah dengan harga RM2.00, Ifa merendam telur tersebut ke dalam air bersuhu 100 darjah celcius sehingga masak.
Pukul 1.30 petang, setelah memasukkan pakaian dan lain-lain barang ke dalam beg, kami check-out. Sempat mencari souvenir di TRAP. Aku bercadang untuk membeli key-chain tetapi tidak ada. Yang ada hanyalah t-shirt sahaja. So, tidak jadilah membeli souvenir.
Pukul 2.00 petang, kami meninggalkan Felda Residence Hot Springs, Sungkai menuju Bukit Tinggi, Pahang.
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
13 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan