Pagi 9 Jun 2010, jam 9.30 pagi, Ida masih lagi berurusan dengan BVC untuk penginapan di Bukit Tinggi. Akhirnya pihak berkenaan mengesahkan penginapan di sana.
Jam 12.15 tengah hari, setelah semua kelengkapan siap, kami bertolak dengan dua buah kenderaan ke Sungkai melalui Plaza Tol Putra Heights. Keluarga aku dan juga keluarga Farok. Perjalanan kami agak santai. Kami berhenti sebentar di R&R Sungai Buloh dan kemudian meneruskan perjalanan semula. Aku masih fokus dengan pemanduan manakala Ida asyik melayari internet dengan broadband.
Pukul 1.50 petang, kami sudahpun berada Plaza Tol Sungkai. Destinasi kami kali ini ialah Felda Residence Hot Springs. Sebaik melepasi plaza tol, kami belok ke kiri arah ke Sungai Klah. Lebih kurang 2 km di hadapan, di sebelah kiri, ada satu lagi simpang ke Felda Sg. Klah. Jalan tar sepanjang 10 km tu, di kiri dan kanannya ladang kelapa sawit. Ada signboard, ikut saja, sehinggalah nampak signboard Felda Residence Hot Springs.
Anak-anak nampak excited sangat. Ada juga yang terlelap. Kami sampai di Felda Residence Hot Springs pukul 2.10 petang. Selepas berurusan di kaunter reception, kami bercadang mencari warung untuk menjamu selera.
Pertama kali menjejakkan kaki di Felda Residence Hot Springs, perasaan sungguh tenang. Terasa bagaikan di kampung. Persekitaran yang bersih dan redup dek rimbunan pelepah sawit membuatkan pengunjung teruja untuk bersantai di bangku yang disediakan oleh pengurusan resort.
Jam 3.30 petang, barulah kami masuk ke bilik. Memang selesa biliknya. Aku berehat sebentar tetapi anak-anak sudah tidak sabar untuk mandi-manda di kawasan bersebelahan. Lepas Asar, kami bergerak Taman Rekreasi Air Panas (TRAP), Sungai Klah. Di sini terdapat dua jenis kolam iaitu kolam air mata gunung dan taman air panas.
Selepas mandi-manda, jam 7.05 malam, kami balik semula ke tempat penginapan.
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
13 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan