Sebaik memasuki Lebuhraya Utara-Selatan, pemanduan dilakukan secara berhati-hati. Musim cuti sekolah begini, jumlah kenderaan bertambah di jalan raya. Seperti dijanjikan, kami singgah di R&R Sungai Buloh untuk menjamu selera. Waktu ketika itu menunjukkan pukul 4.06 petang. Selepas menjamu selera, aku menunaikan solat Asar.
Perjalanan diteruskan sehinggalah ke Lebuhraya Karak. Sebaik melepasi Genting Sempah, kami singgah sebentar di Stesen Petronas berhampiran untuk membeli barang-barang keperluan. Setelah meneruskan perjalanan, kami singgah lagi di Kampung Bukit Tinggi yang terletak bersebelahan Lebuhraya Karak. Kami membeli barang-barang basah seperti sayur-sayuran, sotong, udang dan rempah-ratus serta barang-barang keperluan lain.
Pukul 6.15 petang, kenderaan yang kami pandu bergerak baik menyusuri kawasan tanah tinggi tersebut. Destinasi kami ialah Meranti Park Suites, Bukit Tinggi, yang terletak di ketinggian 2,600 kaki dari aras laut. Jika dari Lebuhraya Karak, jaraknya 10 km, tetapi jika dari Kuala Lumpur perjalanan mengambil masa hampir satu jam untuk sampai ke destinasi.
Pukul 7.00 malam, kami sampai di Meranti Park Suites. Semasa berurusan di BVC Reception, kami dimaklumkan bahawa Meranti Park Suites, hanya tempat penginapan sahaja manakala tempat untuk berhibur ialah beberapa kilometer di hadapan iaitu di Berjaya Hills Golf and Country Club dan di Colmar Tropicale.
Tempat yang kami huni malam itu ialah sebuah apartment dua bilik dengan sebuah ruang tamu serta ruang dapur.
Memandangkan kami baru sampai, kami sekeluarga memutuskan untuk berehat sahaja. Anak-anak pula ingin bermain bowling tetapi aku mencadangkan hari esok sahaja memandangkan masih kepenatan.
Malam itu, Ida memasak untuk kami dua keluarga. Alhamdulillah... sedap masakan Ida walaupun simple. Sambal tumis udang dengan telur goreng... kata orang dah duduk atas gunung, apa yang dapat, bedal saja...
Di kawasan tanah tinggi ini, komunikasi agak terhad. Internet slow. Telefon bimbit, kalau Celcom masih okay, tapi yang lain aku tidak pasti. Mencari kedai makan memang sukar, kalau adapun tentu mahal harga makanan.
Malam itu juga kedua keluarga lena diulit mimpi walaupun dihimpit kedinginan suhu di tanah tinggi.
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
13 tahun yang lalu
berapa sewa apartment ni kak
BalasPadam