Ahad, 2 Mei 2010. Sebaik selesai pertandingan boling, semua ahli keluarga bergerak ke rumah Amir di Taman Gangsa. Tuan rumah berusaha menyediakan juadah untuk semua tetamu. Makan nasi beriani dan air oren. Ada juga ais krim untuk kanak-kanak.
Sementara menunggu ayahanda Hj. Ayup sampai, kami berbual-bual. Hj. Ayup atau panggilan mesra Babah di kalangan anak-anak lewat sedikit kerana menghadiri jemputan kahwin.
Jamuan dibuat secara bufet atau layan diri. Riuh-rendah suasana di dalam rumah masing-masing saling usik-mengusik dan bergurau senda. Masing-masing tidak kering gusi dengan lawak-lawak jenaka sesama mereka.
Pukul 2.15 petang, majlis penyampaian hadiah dijalankan. Babah dijemput dan diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang. Cucu-cucu Babah semuanya mendapat bungkusan gula-gula. Setiap ahli keluarga pula mendapat sapu tangan yang disulam oleh Saaudah, anak kepada adik aku, Aziah.
Hadiah pelajaran diberikan berdasarkan bilangan A yang diperolehi semasa peperiksaan. Bagi peperiksaan UPSR, Arif mendapat RM50.00, Azri juga mendapat RM50.00, Asyraf pula menerima RM20.00 manakala Azfar mendapat RM10.00.
Amirah mendapat sumbangan sebanyak RM80.00 kerana kejayaannya dalam peperiksaan SPM manakala Hanim dan Saaudah menerima RM50.00 setiap seorang sebagai sumbangan kerana berjaya menamatkan pelajaran di institusi pengajian tinggi.
Untuk semua tetamu, diadakan cabutan bertuah. Hanya dua hamper disediakan. Yang bertuah pada hari itu ialah keluarga aku dan keluarga Aziah. Jadilah...seorang wakil Melaka dan seorang wakil Kuala Lumpur.
Bagi juara pertandingan boling, Zamry dan Shahmizah menerima medal, hamper dan piala pusingan. Tempat kedua, Fazana dan Azri menerima medal dan hamper dan tempat ketiga, Amir dan Azfar juga menerima medal dan juga hamper.
selepas tu kami mengadakan sesi bergambar kenang-kenangan. Lebih kurang pukul 4.00 petang, kami bertolak balik ke rumah masing-masing. Terima kasih kepada pihak tuan rumah yang berusaha menyediakan juadah untuk semua ahli keluarga Hj. Ayup.
walaupun penat, kami sekeluarga rasa berbaloi...memang tidak dapat dinafikan lagi aktiviti sebegini memang dapat meningkatkan kemesraan di kalangan ahli keluarga...
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
13 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan