Tarikh 27 November 2009 merupakan Hari Raya Aidil Adha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Haji di kalangan umat Islam. Pada hari tersebut selain daripada bertakbir, diadakan juga kenduri kesyukuran dan seperti kebiasaannya akan ditumbangkan lembu untuk korban dan dagingnya diagih-agihkan kepada mereka yang berhak.
Tahun ini Ida adik-beradik dan Mak Munah bersatu untuk menyumbangkan seekor lembu untuk majlis korban. Selepas bersembahyang sunat hari raya, aku dan ahli keluarga berkumpul untuk mengadakan tahlil ringkas dan kenduri. Seperti pada tahun lepas, tahun ini juga diadakan Majlis Korban.
Pada pukul jam 9.30 pagi, Tuan Hj. Ahmad, Imam Kampung Alai sampai dan mengetuai tahlil. Selepas selesai kenduri, jiran-jiran dan beberapa orang pemuda kampung sudah bersedia untuk menjalankan gotong-royong untuk menyembelih dan melapah lembu untuk ibadah korban. Pukul 10.00 pagi, upacara penyembelihan akan dijalankan. Pak Imam mendapatkan senarai nama mereka yang mengadakan korban ini. Setelah akad dijalankan, Pak Imam segera menjalankan tugas penyembelihan tersebut.
Cuaca pagi ni cerah. Kerja-kerja penyembelihan dijalankan oleh Pak Imam dengan dibantu oleh beberapa pemuda kampung. Mulanya agak sukar untuk menumbangkan lembu tersebut tetapi lama-kelamaan dengan kepakaran dan kekuatan pemuda, kerja-kerja menumbangkan lembu berjalan lancar. Pak Imam meletakkan pisau pada leher lembu dan membaca doa sambil menyembelih. Darah memancut keluar daripada leher lembu. Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya lembu tersebut sudah tidak bergerak lagi. Kerja-kerja melapah lembu berjalan lancar. Setelah itu, daging-daging diagih-agihkan kepada jiran-jiran dan keluarga terdekat serta orang kampung.
Pukul 11.30 pagi, semua kerja agihan selesai. Selepas membersihkan diri, aku ke Masjid Negeri untuk bersembahyang Jumaat di samping menjamu selera di rumah Mak Bedah, iaitu emak aku di Peringgit. Ida dan anak-anak tidak mengikuti aku kerana Ida sibuk di dapur kerana melayan adik-beradik yang balik kampung. Anak-anak pula sibuk berbual dan bermain-main dengan sepupu-sepupu mereka.
Sambutan Hari Raya Aidil Adha mungkin tidak semeriah seperti di Pantai Timur tetapi ianya cukup bermakna bagi keluarga Mak Munah. Mungkinkah tahun depan akan ada majlis korban lagi? Sama-sama kita tunggu...
Rakaman bagaimana lembu ini dijinakkan.
Rakaman lembu disembelih Pak Imam.
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
13 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan