Minggu ni aku rasa agak sibuk sikit. Banyak tugasan yang harus aku selesaikan. Manakan persediaan untuk Majlis Penutup dan Forum Kepustakawanan Festival Membaca 2009, kena sediakan presentation untuk Kursus Perpustakaan untuk staf baru di Desaru dan menghadiri Kursus Pintar.
Kursus PINTAR atau Program Integrasi Insan Terbilang Siri 3 ini diadakan di PNB Ilham Resort, Port Dickson dari 13 hingga 15 November 2009. Tema programnya "Bulat Air Kerana Pembetung, Bulat Kata Kerana Muafakat".
Aku bertolak ke tempat kursus lepas waktu kerja. Perjalanan lebih kurang sejam. Petang tu hujan renyai-renyai. Arman dan Hanapiah tumpang sekali. Kami tiba jam 6.30 petang. Resort ini terletak di kaki bukit, Rumah Api Tanjung Tuan. Pemandangan dan suasana resort ini cukup menarik. Ada kolam renang, menara tinjau, gazebo dan sebagainya.
Setelah mendaftar di meja urusetia, kami ke bilik. Aku sebilik dengan Arman. Rupanya ada tiga bilik. Dua bilik lagi ialah Affindi dengan Madzarif manakala Azmi tinggal seorang. Ruang tamu dikongsi bersama.
Malam tu lepas Isyak, kami menghadiri perasmian kursus oleh Naib Canselor. Lepas tu ada sesi ice breaking. Balik ke bilik pukul 12.30 pagi. Sempat melayari internet.
Keesokan harinya, lepas kuliah Subuh, aku bersarapan. Program bermula jam 9.00 pagi. Oleh kerana cuaca mendung dan air laut surut, aktiviti berakit ditangguhkan ke sebelah petang. Kami meneruskan aktiviti yang dipanggil 'Blow The Vision'. Kemudian ada refleksi kepada aktiviti tersebut.
Pukul 2.30 petang, kami ke pantai. Setelah diberikan taklimat, semua pasukan menggunakan bahan-bahan yang diberikan untuk membuat rakit. Setelah itu ianya diuji dan semua peserta kena buat ujian 'water level confidence'.
Akhirnya aktiviti berakit bermula. Acara ini memang seronok tetapi memenatkan. Semua peserta selamat dan tiada apa-apa masalah yang timbul semasa di laut.
Sebelah malam diadakan aktiviti kemahiran komunikasi dan kepimpinan iaitu 'Jerangkap Samar'. Permainan ini menarik tapi boring kena tutup mata dan mendengar arahan serta bertindak mengikut arahan tersebut.
Pagi 15 November 2009, hari terakhir berkursus diadakan aktiviti yang dinamakan 'Menjulang Menara UTeM' Permainan ini memerlukan ramai peserta untuk menegakkan tiang yang dipasang bendera.
Pukul 2.45 petang, selepas makan tengah hari, aku menghantar Hanapiah balik ke rumahnya dan aku sampai ke rumah pukul 5.15 petang.
Keseluruhan, kursus ini sungguh menarik dan menyeronokkan serta mempunyai mesej tertentu yang perlu dihayati dan harus dilaksanakan semasa pulang ke tempat kerja nanti.
Aku dengan Arman
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
13 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan