Isnin, November 30, 2009

Majlis Bertandang Ke Rumah Perempuan

Pagi 29 November 2009, setelah bersiap-siap, kami disediakan sarapan pagi oleh Busu Jamil. Nasi lemak bungkus, roti canai dan juga air teh bungkus. Masing-masing mendapat sarapan pagi yang diagih-agihkan oleh anak-anak beliau.

Pukul 10.30 pagi, semua peserta rombongan ini menaiki bas dan bertolak ke Kg. Pasir Akar. Selang beberapa meter dari rumah pengantin perempuan, ahlia rombongan pengantin lelaki ini sempat menyusun hantaran dan kemudian berarak ke rumah pengantin. Di sini majlisnya ringkas, tiada kompang, tiada bunyi-bunyian.

Sebaik kedua mempelai digandingkan di hadapan khemah, mereka kemudian berarak ke ruang tamu. Di sana mereka disandingkan di atas pelamin. Barang-barang hantaran di letakkan di sisi hadapan pelamin bergandingan di antara hantaran pihak lelaki dan hantaran pihak perempuan. Akhirnya Ustaz Sajad, salah seorang ahli rombongan lelaki membacakan doa selamat bagi memberkati majlis berkenaan.

Majlis diteruskan dengan acara yang dikenali sebagai acara menyembah pengantin.












0 ulasan:

Catat Ulasan