Isnin, November 30, 2009

Menginap di Home Stay

Malam tu, dengan kereta kami mengekori bas rombongan balik ke home stay di Kg. Tanjung Demong, beberapa kilometer menghala ke pantai Kuala Besut. Penginapan kami dibahagikan kepada empat rumah. Satu untuk kaum wanita, satu untuk keluarga terdekat, satu untuk ahli rombongan yang berumur dan satu lagi untuk remaja. Ini bagi membolehkan setiap ahli rombongan dapat memilih rakan yang sesuai untuk berbual.

Aku membuka komputer riba dan memasang broadband. Wah, di sini agak baik liputannya dan secara kebetulan Arif yang tidur sekatil dengan aku pun menumpang untuk mengetahui keputusan perlawanan bolasepak pasukan kegemarannya, Manchester United. Akhirnya, pukul 1.30 pagi, kami pun melelapkan mata walaupun agak sukar juga dek dengkuran daripada rakan-rakan sebilik yang lain.




0 ulasan:

Catat Ulasan