Pagi 28 November 2009, cuaca agak cerah. Jam 9.00 pagi, anak-anak masih tidur di atas katil dan juga di tilam toto yang dibentangkan di sisi katil. Aku, Ifa dan Miza ke cafe hotel untuk bersarapan pagi. Ida tidak mahu sarapan di cafe kerana ingin menjamu selera di bilik sahaja. Arif dan Alim masih tidur.
Selepas bersarapan, kami melihat-lihat kawasan persekitaran hotel. Kemudian kami bergegas balik ke bilik kerana tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Beginilah cuaca di pantai timur, boleh berubah bila-bila masa sahaja.
Sesudah mengemaskan pakaian, kami check-out daripada hotel jam 1.00 tengah hari. Perjalanan diteruskan. Daripada Kuala Terengganu, kami melalui Setiu, Permaisuri dan Jertih. Pukul 2.45 petang kami singgah di Masjid Jertih untuk bersembahyang Zohor.
Kemudian kami meneruskan perjalanan melalui Pasir Putih, Selising, Melor dan Kubang Kerian. Di Pasir Tumboh, keadaan jalan agak sesak. Laluan kami tersekat hampir 3 jam. Kami sampai di rumah Azmi, adik aku pukul 6.15 petang.
Rumah yang disewa Azmi ni letaknya berhampiran Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian. Sudah agak lama kami tidak mengunjungi keluarga ini. Seingat aku, kali terakhir aku ke sana semasa Azmi menetap di Ketereh, itupun semasa beliau bernikah dengan isterinya, Faezah.
Kini sudah masuk anak keempat, baru ada kesempatan untuk melawat keluarga ini sekali lagi. Anak beliau yang pertama, Anis sudah berumur 6 tahun, Aiman, 5 tahun dan Atirah, 2 tahun. Lawatan aku ni pun sebab dah kebetulan Faezah, baru bersalin anak keempat malam Raya Aidil Adha.
Kami diraikan oleh keluarga ini. Kami dihidangkan sedikit juadah dan berbual-bual hingga hampir Maghrib. Selesai menunaikan solat, aku meminta diri memandangkan kami sekeluarga harus ke majlis pernikahan Hazwan malam itu.
Pukul 7.30 malam, kami bergerak ke Jertih. Perjalanan kami ke sana malam itu lancar. Setelah beberapa kali berkomunikasi dengan Busu Jamil melalui telefon bimbit, akhirnya pukul 8.40 malam kami sampai di Masjid Kg. Gong Duek, Jertih untuk majlis pernikahan.
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
13 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan