Majlis perkahwinan Fizah atau Hafizah, anak kedua Pokde berlangsung pada hari Sabtu, 31 Oktober 2009. Fizah bernikah dengan Han pada malam Sabtu di Kg. Alai. Walaupun hujan lebat, majlis pernikahan tetap dijalankan selepas Isyak. Cuma majlis bersanding agak lewat, hampir jam 11.00 malam. Tetamu yang datang tetap bersabar untuk melihat pasangan pengantin ini di atas pelamin.
Hari Sabtu pula, majlis perkahwinan di rumah perempuan. Agak ramai tetamu yang hadir ke majlis ini. Ini merupakan kali pertama Pokde mengahwinkan anak di kampung. Daripada 4 orang adik-beradik, 2 orang telah berumahtangga termasuk Fizah. Hafiz, abang yang sulung berkahwin di Kluang dua tahun lalu.
Perjalanan majlis teratur. Jam 11.00 pagi, tetamu dah sampai. Pokde dan Mokde tak menang tangan melayan tetamu. Kami, anak-anak buah dan lain-lain orang kampung bertungkus-lumus menyiapkan apa-apa keperluan untuk tetamu pada hari berkenaan.
Majlis perkahwinan ini selesai lewat jam 5.00 petang.
Esoknya, hari Ahad, pukul 2.00 petang, kami berkonvoi ke rumah Han di Pulai. Layanan daripada pihak lelaki sungguh istimewa. Berbagai-bagai juadah disediakan. Walaupun seronok dapat menghadiri majlis kat rumah lelaki, aku sebenarnya risau sebab anak aku Alim yang aku bawa bersama tu demam dan boleh muntah bila-bila masa sahaja. Aku berharap demamnya cepat sembuh.
Dan paling aku suka, air batu asam boi yang aku buat tu laris, siap ada yang bawak balik pati asam, buat bekalan kat rumah nanti. Semoga perkahwinan ini berkekalan selama-lamanya...
Fizah di atas pelamin.
Pengantin lelaki dengan begitu yakin menuju ke rumah pengantin perempuan.
"Eh, betul ke ni rumahnya?"
Betullah tu, tapi apasal tak jemput masuk ni?
Bersedia bang...
Beberapa meter daripada 'pondok' tol..
Bang, duit tol cukup ker?
Berpeluh nampaknya pengantin kita ni...
Tol pertama, eh, isteri aku rupanya...
Ada lagi tol kedua...
Barule boleh naik pelamin...
Bunga telur rumah pengantin perempuan.
Sabau bang...
Makan-makan..
Ifa dengan emaknya...
Miza makan kuih..
Bersanding kat rumah pengantin lelaki.
Bunga telur..
Rombongan pengantin perempuan menjamu selera.
Ifa, Miza dan Alim di samping emaknya..
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
13 tahun yang lalu
best gilerrrr macam dah blh buat novel
BalasPadam