Isnin, September 13, 2010

Long Chan Dan Transformasinya

Bagi penduduk Melaka, minuman ringan yang paling popular di musim raya ni ialah jenama Long Chan. Mungkin ramai yang tidak mengenali minuman berkarbornat ini dan jenama ini tidaklah sepopular jenama Coca-cola, Pepsi, Sprite dan lain-lain lagi.

Minuman ini didatangkan dalam beberapa perasa antaranya sarsi atau sarsaparilla, oren, ais krim soda dan perasa buah-buahan. Uniknya minuman 'old skool' ini dikilangkan dalam botol kaca dan nilai estetika botol kaca ini tiada gantinya. Kebiasaannya, memang ada pengedar-pengedar minuman ringan akan datang ke kampung-kampung untuk menawarkan minuman Long Chan dalam tong kayu. Yang menariknya airnya kurang berkarbonat berbanding lain-lain minuman di pasaran kini.

Mengimbau kembali penubuhan Long Chan Bros. aerated water Co. Ltd di Melaka pada tahun 1910, bukan sahaja minuman dan botolnya menjadi tarikan malah ia juga menghasilkan gelas berjenama Long Chan. Syarikat minuman ini kini Long Chan Trading & Co. suatu masa dulu pernah beroperasi di Pangkalan Rama, berhadapan Masjid Pangkalan Rama, kemudian berpindah ke Kawasan Perindustrian Sungai Petai, Alor Gajah dan dua tahun lalu berpindah di Zarina Industrial Park, Rembia.

Transformasi botol turut berlaku di mana kini minuman Long Chan sudah boleh didapati dalam botol plastik selain botol kaca. Kandungannya airnya dalam botol berukuran 1.25 ml dan 500 ml. Walau bagaimanapun minuman dalam botol kaca masih ada dan berkemungkinan beransur-ansur lenyap ditelan zaman.

Begitulah nostalgianya minuman ini. Di kampung, kalau tiada air Long Chan, macam tak sah raya.....











34 ulasan:

  1. salam bro, boleh tanyer tak?
    mcm maner sayer nak dapat bekalan air botol kaca ni....sayer nak jual kat kedai minum sayer....kalau dapat dari kilang lagi murah lagi baik...zaidi..
    is_zack@yahoo.com

    BalasPadam
  2. saya nak buat research study kilang long chan..call tapi kena reject..huhu..sedih giler..setahu saya kilang longchan hanya ada di kawasan perindustrian rembia,melaka..kilang ni ada satu je ke banyak ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. seingat sy, masa sy form 2, pihak sekolah cuba buat lawatan sambil belajar ke kilang long chan. masa tu long chan di ayer keroh tpi ditolak. long chan mmg tak mengamalkan open policy, tak tahu kenapa. skrg sy dah berumur 53, so mmg long chan masih tak amalkan open policy

      Padam
  3. tiap2 tahun klu rye mst aku mnum air ni...maklom laa..kampung aku kt mlake...sng nk jmpe air ni...huhuhu

    BalasPadam
  4. Ari2 minum,free je..hahaha

    BalasPadam
  5. aku nak jualkan kat gerai aku di pekan nenas. mana nak cari supplier...harap ada yg bole bantu 0137303175 zam

    BalasPadam
  6. Boleh call sy aman 01111699800 (Pembekal)

    BalasPadam
  7. en aman..try call no awak ni masuk voice msg lah...masih aktif ke nombor ni...ataupun bg no baru...sy nak tanya harga 1 carton..... baie

    BalasPadam
  8. Sape2 nk..just whatsapp 0126120788...area selayang & rawang...

    BalasPadam
  9. Salam....Di sini saya ingin memberitahu bahwa kami ada memproses air minuman berkarbonat seperti di atas. Kami adalah syarikat bumiputra. Jenama syrkt NUR 3. Tkasih. Wasalam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam , kami berminat nak berhubung dengan anda , boleh email kami di cormisme@gmail.com thanks !

      Padam
    2. saya ingin tahu lebih produk minuman karbonat. sila email saya. tQ

      Padam
  10. Assalam Tanpa Nama... Klau perlukan bekalan botol plastik 1.25liter dan 330ml bole hubungi atau wasap 011 32048 511 / 012 649 5505 jai...

    BalasPadam
  11. Assalam... ada pembekal untuk area johor bahru @ kluang tak?

    BalasPadam
  12. Pembekal air longcan area johor bahru siapa tahu

    BalasPadam
  13. mne nk dapat air ni??
    kawasan temerloh ade ke?

    BalasPadam
  14. Nak tanya lah saya jual air long chan dah lama tapi baru tadi ade orng tanya halal x air ni sebab x de logo halal... So x tau nak jawab ape... Boleh sape2 bantu x

    BalasPadam
  15. Negeri sembilan area mana ada pengedarnya bos'.

    BalasPadam
  16. Boleh dapatkan nombor telefon pengedar area Seremban negeri sembilan.

    BalasPadam
  17. Balasan
    1. Air ni halal...pkerja kat dalam 100% org melayubkita..dan slelalu di pantau jabatan agama islan dan kesihatan...saya salah satu bekas pekerja long chan...ibu dan aadik2 sy masih bkerja di sana...sy juga amik order utk rakan sekerja..boleh menjana side income

      Padam
    2. Blh emel Sy no whatsapp anda
      adillakeysfara@gmail.com
      Tq

      Padam
    3. E-mail juga ke saya nombor wassap Tuan kepada saya di rahza76@gmail.com

      Padam
  18. Saya pembeli tetap long Chan setiap tahun raya aidilfitri.zaman sekolah dulu sy dah minum.skg saya nak tanya kenapa tiada cop halal di pamerkan di kotak atau botol.umur sy dah 45 thn.sy nak kepastian Dari syarikat

    BalasPadam
  19. Maaf nk tanya, air ni halal ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dari dulu tanya, xde sape jawab isu halal... Sungguh sedih

      Padam
  20. Di Shah Alam kedai minunan mana yg ads jual air minuman jenama long chan

    BalasPadam