Selasa, Oktober 13, 2009

Mengunjungi Yunus Dan Sarah Sempena Raya Puasa

Ahad, 11 Oktober 2009. Sewaktu duduk berbual-bual, Ida menelefon Sharif untuk beraya di rumahnnya di Kompleks Kastam di Kelana Jaya. Malangnya, Sharif sekeluarga keluar kerana menghadiri majlis hari lahir anak kawannya. So, alternatif lain ialah ke rumah Yunus di Mutiara Damansara. So, line clear. Akhirnya kami mengambil keputusan ke rumah Yunus dahulu. Pukul 2.30 petang, kami bergerak. Hampir setengah jam melalui lebuh raya daripada Putra Height ke Mutiara Damansara, akhirnya kami sampai ke kondo beliau di Surian Condominium. Agak sukar nak masuk ke kawasan kondo ini kerana pengawal keselamatan kondo ini sentiasa memantau pergerakan tetamu daripada pintu masuk hinggalah ke lif. Kami sekeluarga pernah mengunjungi kediaman ini tahun lepas.

Mengunjungi kondo ini membuatkan aku tertarik dengan hiasan dalamannya. Walaupun ruang tamunya tidak berapa luas tetapi dengan susunan perabot yang betul, ia akan menjadikan ruang tamu rumah ini selesa kepada pengunjung.

Petang itu kami dijamu dengan sambal udang, sup ayam, sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya. Kemudian dijamu pula dengan kuih raya. Setelah kenyang, kami berehat-rehat dan kira-kira jam 6.00 petang kami bertolak ke rumah Sharif. Kebetulan beliau baru pulang daripada rumah kawannya. Di sini kami dijamu pula dengan mee dan mihun goreng dan juga KFC.

Pukul 9.00 malam, kami ke rumah Roziah dan bersiap-siap untuk pulang ke Melaka. Pukul 10.00 malam kami meninggalkan Putra Height dan meredah malam untuk kembali semula ke Melaka.










































0 ulasan:

Catat Ulasan