Khamis, November 13, 2008

Berkunjung Ke Rumah Yunus Dan Sarah















Dari kiri Farhana, Miza, Aridah, Arif, Lokman, Alim, Haris dan Danish.

Hari Isnin, 10 November 2008, aku cuti. Pagi ni kami sekeluarga dengan keluarga Roziah ke Pejabat Imigresen Selangor di Kompleks PKNS untuk menyiapkan pas perjalanan berkelompok. Ini kerana aku, Roziah dan Yunus bersama keluarga masing-masing akan bercuti di Labuan dan Brunei pada penghujung November 2008.

Selepas semua urusan selesai, kami singgah ke sebuah kedai mamak dekat Putra Height kerana kelaparan. Masing-masing buat pesanan. Ada yang makan nasi, roti canai, capati, mee segera dan lain-lain lagi. Lepas makan terasa mengantuk dan singgah di rumah Roziah untuk tidur.

Lebih kurang pukul 3.00 petang, aku sekeluarga dengan keluarga Roziah ke Surian Condominium di Kota Damansara untuk melawat Yunus dan Sarah. Khabarnya dah berpindah ke rumah baru.

Sesampainya kami, Yunus masih belum pulang. Yang tinggal Sarah dengan anak-anaknya. Anak-anak aku ni pantang tengok air, nak berenang. So, selepas bertukar pakaian renang, kami ke kolam renang yang disediakan di kondominium tersebut.

Arif, Haris, Danish dan Lokman berenang dan bermain bola dalam kolam manakala Arifah dan Miza berenang. Alim pula bermain di kolam kecil dengan Farhana, anak Roziah.

Hampir pukul 6.00 petang, kami pulang semula ke bilik dan dijamu dengan makanan. Pelbagai juadah disediakan Sarah seperti sate, ayam goreng, jambu, anggur, ketupat dan sebagainya. Memang lapar kalau lepas berenang.

Hampir Maghrib, Yunus pulang daripada mesyuarat. Esok kena pulang ke Labuan untuk bekerja. Hampir pukul 9.00 malam, kami pulang ke rumah Roziah. Lepas mandi, kami bersiap untuk pulang ke Melaka. Sampai di Melaka pukul 12.30 pagi dan esok aku harus ke tempat kerja...















Alim dengan Hana bermain air.















Miza bermain di tangga kolam.















Arifah memberikan pose dalam air.















Arifah dan Miza bergambar dalam air.















Pose Alim dengan Arifah.















Pose Arif dengan Alim.















Pose Alim dalam kolam kanak-kanak.















Arif dan Arifah bergurau bersama sepupu mereka Haris, Danish dan Lokman.

0 ulasan:

Catat Ulasan