Sabtu, November 15, 2008

Nostalgia SK Jalan Datuk Palembang, Melaka















Pintu masuk SKJDP

Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang dibina dalam tahun 1960. Pada masa itu ia dikenali dengan nama Bukit Baru English School.

Sekolah ini bermula pada 2 Januari 1961 dengan jumlah murid seramai 153 orang (135 lelaki dan 18 perempuan). Hanya terdapat 5 buah kelas sahaja pada masa itu. Guru yang ditugaskan di sekolah ini pada masa itu terdiri daripada 9 orang sahaja. Guru Besar pertama yang berkhidmat di sekolah ini ialah En. Chin Yik Keun.

Majlis Perasmian sekolah ini telah berlangsung pada hari Jumaat bersamaan 15 Jun 1962. Majlis tersebut telah disempurnakan Oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka, En. Abdul Ghafar Bin Baba.

Pada 1 September 1962, dua buah kelas khas untuk murid-murid pekak dan bisu telah dibuka di sekolah ini. Di setiap kelas terdapat 12 orang pelajar yang berusia di antara 5-14 tahun. Tenaga pengajarnya pula terdiri daripada Tuan Syed Hamid dan Pn. Saadiah.Sekolah ini terus berkembang.

Pada tahun 1964 bilangan kelas bertambah menjadi 18 buah dengan bilangan murid seramai 621 orang (461 lelaki dan 161 perempuan). Mereka ditempatkan di dalam 25 buah kelas. Bilangan guru yang berkhidmat di sekolah ini pada masa itu adalah 32 orang. Sekolah ini mendapat peruntukan untuk menambah infrastrukturnya.

Pada tahun 1976 dengan rasminya sekolah ini ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang.

Pada tahun 2003, bangunan blok setingkat (dahulu dipinjamkan kepada JPM) telah dirobohkan dan bermula proses membina bangunan baru 4 tingkat di tapak asal. Semasa proses pembinaan ini satu bangunan ini disiapkan pada tahun 2004 dan mula digunakan oleh murid sepenuhnya pada tahun 2005.

Dipetik daripada laman http://skjdp.blogspot.com/
Kenangan Arif di SKJDP daripada tahun 2004 -2008




















Pintu masuk dirakam dari arah depan















Pintu masuk dari arah dalam SKJDP















Padang sekolah















Pemandangan bangunan sekolah.

2 ulasan:

  1. menarik. saya berasa sangat seronok apabila berada di skjdp :d

    BalasPadam
  2. Rindunya sekolah lama ni.. cikgu Talha yang saya ingat.. bila agaknya dapat menjenguk sekolah ni balik

    BalasPadam