Sabtu, Oktober 24, 2009

Jamuan Kesyukuran Perpustakaan

Jamuan Kesyukuran ini telah diadakan pada 22 Oktober 2009. Bertempat di Ruang Pemunggahan Unit Perolehan, ianya dihadiri oleh staf perpustakaan dan juga ketua-ketua jabatan.

Majlis dimulakan pada jam 12.15 tengah hari dengan bacaan Yassin yang dipimpin oleh Ustaz Azman. Pada jam 1.00 tengah hari, tetamu majlis hadir tetapi tidak seperti yang dijangkakan. Hanya tiga orang ketua jabatan yang hadir manakala staf pun ada juga yang bercuti.

Majlis ini diadakan sempena kemenangan tempat kedua gerai tercantik semasa sambutan Idulfitri peringkat universiti lalu, kenaikan pangkat kepada Pembantu Perpustakaan Kanan, Mohd Nasir Hashim dan Noor Rahman Jamiah Jalil dan status pengesahan tetap Mohd Effendi Rajali.

Walaupun ringkas, majlis ini dapat dijalankan dengan sempurna. Majlis ini selesai pada jam 2.15 petang.





























0 ulasan:

Catat Ulasan