Isnin, Oktober 12, 2009

Miza Beraksi Di Pentas

Petang Jumaat, 9 Oktober 2009 aku menerima panggilan telefon daripada Ida supaya mengambil Ifa daripada SRA Jalan Datuk Palembang. Ida memaklumkan Miza akan mengambil bahagian dalam persembahan pada Majlis Makan Malam Sempena Ulangtahun Ke-60 SJK(C) Keh Seng. Sebaik mengambil Ifa di sekolah, aku bergegas ke Keh Seng untuk melihat persiapan Miza. Sewaktu aku tiba, beberapa orang kanak-kanak sedang disolek oleh guru mereka. Fesyen apa ye, rambut tegak macam pokok kelapa. Memandangkan majlis ini diadakan pada sebelah malam, aku mengambil keputusan untuk balik ke rumah dahulu. Pukul 8.00 malam, setelah menghantar Ifa ke tuisyennya, aku sekali lagi ke Keh Seng untuk melihat persembahan Miza. Sewaktu aku tiba, majlis baru bermula. Persembahan dimulakan dengan pukulan gendang. Kemudian Miza dan rakan-rakannya membuat persembahan. Tarian ini mengambil masa kira-kira 5 minit. Aku teruja dengan persembahan ini kerana tidak menyangka dalam jangka waktu singkat begini, Miza boleh mengikuti rentak tarian tersebut. Ida dan Miza beredar daripada majlis ini pada pukul 10.00 malam manakala aku terlebih dahulu meninggalkan dewan kerana mengambil Ifa daripada tuisyennya. Majlis Makan Malam yang bertujuan untuk mengumpul dana sekolah ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj. Ab. Wahab Hj. Ab. Latif, ADUN Durian Tunggal yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia mewakili YAB Ketua Menteri Melaka.

0 ulasan:

Catat Ulasan