Ahad, Oktober 04, 2009

Majlis Konvokesyen UTeM Ke-5

Majlis Konvokesyen Universiti Teknikal Malaysia Melaka Ke-5 telah diadakan di Kampus Induk Durian Tunggal pada 3 hingga 4 Oktober 2009. Seramai 1,591 graduan menerima ijazah dan diploma iaitu 3 orang menerima Doktor Falsafah, 22 menerima ijazah sarjana, 1,335 menerima ijazah sarjana muda dan 230 menerima diploma.

Pada majlis konvokesyen ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pembangunan dan Pengurusan Teknologi manakala isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali pula dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pembangunan Komuniti.

Majlis anugerah tersebut disempurnakan oleh Canselor UTeM yang juga Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob.

Turut hadir Naib Canselor UTeM, Profesor Dr. Ahmad Yusoff Hassan.

































0 ulasan:

Catat Ulasan